03 June 2009

Tiada Lagi Maaf Bagimu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala)..." [66:6]


Firman Allah dalam Surah Al-A'raaf:50

"Dan ahli neraka menyeru ahli Syurga: Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang kafir."

5 Permintaan ahli neraka yang tidak akan dipenuhi:

1---Ahli neraka memohon

"Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami! Engkau telah mematikan kami dua kali, dan telah menghidupkan kami dua kali pula, maka kami mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk kami keluar dari Neraka?"
(Surah Al-Mu'min:11)


----Maka Allah Menjawab:

"Yang demikian itu adalah kerana kamu, apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru, kamu kufur; dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, yang Maha Tinggi, lagi Yang Maha Besar."
(Surah Al-Mu'min:12)


2---Permintaan ahli neraka yang kedua...

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. "
(Surah As-Sajdah:12)

----Allah menjawab dalam firman-NYA:

" (Lalu dikatakan kepada mereka) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun melupakan akan kamu, dan (dengan yang demikian) rasailah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan."
(Surah As-Sajdah:14)


3---Seterusnya permohonan ahli neraka yang ketiga...

"...Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu ..."
(Surah Ibrahim:44)

----Firman Allah dengan tegas:

"...dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang kebinasaan? "
(Surah Ibrahim: 44)


4---Kemudian ahli neraka mengajukan permohonan kelima...

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan..."
(Surah Faathir: 37)

----Jawapan Allah:

"...Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan."
(Surah Faathir: 37)


5---Permintaan ahli neraka yang terakhir ...

"Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh sebab-sebab kejahatan kami dan dengan itu kami menjadi kaum yang sesat. Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Mu'minuun: 106-107)

----Jawapan Allah dengan tegas:

"(Allah) berfirman: Tinggallah dengan hina di dalam Neraka dan janganlah kamu berbicara(memohon sesuatupun) kepadaKu! "
(Surah Al-Mu'minuun: 108)


Di dalam ayat Al-Quran yang lain, disebutkan bahawa ahli neraka mengajukan permohonan kepada penjaga neraka iaitu malaikat:

"Wahai penjaga neraka, mohonlah kepada Allah supaya Dia meringankan azab dari kami walaupun sehari."

Malaikat menjawab: "Apakah tidak pernah datang kepadamu para Rasul dengan membawa keterangan?"

"Benar,sudah datang."

Malaikat berkata lagi: "Berdoalah kamu, tetapi doa kamu tetap sia-sia belaka." Seperti dalam firman Allah dalam Surah Al-Mu'min ayat 50:

" Berdoalah kamu dan doa orang yang kafir hanya sia-sia"


.....Namun semua permintaan ahli neraka itu ditolak dan yang tinggal hanyalah penyesalan yang tiada ertinya lagi....

Firman Allah dalam Surah At-Thur: 16

"Rasailah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan."



intisari dari buku 'NERAKA YANG PENUH KESENGSARAAN'
Dari itu, bertaubatlah atas segala dosa dan maksiat sebelum tibanya ajal..Sesungguhnya Keampunan Allah lebih luas daripada kemurkaanNYA...
show_faces='false'/>

0 Comments:

Post a Comment