27 July 2010

Pertanyaan seorang sahabiah pada Rasulullah s.a.w..

Hazrat Asma' bt yazid r.anha ialah seorng wanita ansar. beliau telah dtng kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi drpd kedua-dua ibubapa saya. saya ialah sebagai utusan daripada wanita2 islam utk berjumpa dgn tuan.

" sesungguhnya tuan diutuskan sbg nabi utk kaum lelaki dan juga wanita. sebab itulah kami jemaah wanita beriman dgn tuan dan Allah S.W.T. Tetapi kami tinggal didlm 4 penjuru rumahdan sentiasa berada di sebalik tabir.

"Kami ialah teman kaum lelaki didlm rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak2 mereka dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amalan kebajikan.

" Mereka dapat dapat bersolat jumaat. Mereka dapat solah berjemaah, mereka menziarahi org sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu, mereka berjuang dijalan Allah S.W.T.

" Apabila mereka pergi haji @ umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yg menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian utk mereka dan kami menjaga anak2 mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?"

Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w. berpaling kearah para sahabat r.anhum lalu bersabda," Adakah kalian pernah mendengar seseorang yg bertanyakan soalan agama yg lebih baik daripada wanita ini?"

para sahabat r.anhum menjawab,"kami tidak terfikir yg wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian ," Slpas itu Rasulullah s.a.w. berpaling kpd hazrat Asma' r.anha dan bersabda,

" Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita2 yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dgn baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaanya itu maka pahala bg semua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka."
Maka kembalilah hazrat Asma' r.anha dgn penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut..

10 July 2010

Sekadar Rekreasi