Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamuailkum w.b.t. Apa khabar Badan dan Iman kita hari ini?
Alhamdulillah, Exco Modal Insan sekali lagi berjaya menjalankan satu aktiviti sempena sambutan Maulidur Rasul.
Bertempat di Dewan Kuliah D, 9.30 pagi 5 Mac 2010, satu Forum bertajuk "Cinta bertepuk sebelah tangan" telah diadakan. Di bawah Lajnah Hari-hari Kebesaran Islam, serta muslimin EMI.
Turut dijemput, Prof Dr. Mohd Hamim Rajikin, Timb Dekan Fakulti Perubatan UiTM sebagai VIP.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis, Saudara Muhammad Zamzuri Zahari, ketua lajnah hari kebesaran Islam. Diteruskan oleh tayangan video yang memaparkan hasil temu bual Saudara Ahmad Zaki Abd Razak, ajk multimedia tentang pandangan segelitir pelajar perubatan UiTM tentang cinta bertepuk sebelah tangan.
Forum dimulakan dengan menjemput 3 ahli Panel yang terdiri daripada (dari kanan gambar) Saudara Suhairi Sazali, Ketua Exco Modal Insan sesi 09/10, sebagai panel pertama.
Kedua dari kanan adalah Saudara Wan Ahamad Aizzat Wan Zaidi, sebagai panel kedua.
Ketiga adalah Saudara Muhammad Hafizzudin Salleh sebagai Moderator, dan Akhir sekali Saudara Muhammad Sallehin Zulkaflay sebagai panel ketiga.
Apa yang dapat saya ambil sedikit daripada ulasan ketiga-tiga panel berdasarkan soalan yang dilontarkan oleh moderator;
Panel Pertama :
Kita perlu mencintai Rasulullah s.a.w berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 31,
31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Selain itu panel memberi bukti-bukti cintanya Rasulullah s.a.w kepada umatnya pada ketika baginda berdoa untuk Aisyah, juga baginda berdoa sedemekian kepada umatnya setiap hari.
Juga sewaktu kewafatan Nabi Muhammad yang menyebut umati...
Panel ke-2 :
Sesungguhnya dia yang memahami tujuan hidup di bumi adalah kerana Allah, adalah beruntung. Kita habiskan masa di dunia ini dengan perkara yang tidak berfaedah. Sebenarnya taggungjawab kita di dunia ini lebih banyak daripada masa yang kita ada.
Panel ke-3 :
Induk sunnah adalah berdakwah, sebesar-besar urusan adalah solat. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W terbahagi kepada tiga :
1) Surah : Penampila
2) Sirah : Cara hidup nabi, dari nabi bagun tidur sehinggalah baginda tidur kembali.
3)Sinnirah : Fikir, risau, bimbang nabi.
Sepanjang program ini berlangsung, diselitkan juga tayagan video yang menyayat hati tentang perjuangan rasulullah yang telah kita lupa oleh ajk teknikal, Saudara Nurzhafri Zakaria, juga merupakan birthday boy pada hari tersebut.
Seterusnya majlis diteruskan oleh sesi soal jawab.
Soalan pertama daripada Saudari Siti Shuhada Hasan, Ketua Muslimat Exco Modal Insan. Soalannya adalah ; Dari surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud;
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Ramai sekarang hanya mengajak kepada kebaikkan dan meninggalkan perkara ke-3, mencegah kepada kemungkaran, apa pendapat ahli panel? (lebih kurangla soalan dia).
Soalan kedua daripada Saudari Nurmasitah Mohamad Nazri, adakah dengan beribadah sahaja, dapat tertegaknya syiar Islam? (pendekkan soalan)
Alhamdulillah, kedua soalan ini dapat dijawab oleh panel ke-3 dengan jelas dan baik sekali.
Seterusnya Prof Hamim diminta membuat ulasan atas forum yang telah dibicangkan.
Antara pesanan beliau: Empat perkara yang boleh hancurkan manusia, dari surah At- Taubah, ayat 24:
24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya,
dan tempat tinggal yang kamu sukai,
adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
harta kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya,
dan tempat tinggal yang kamu sukai,
adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Akhir sekali, Saudara Muhammad Fakhrullah Mohd Sukri memimpin bacaan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w serta semua hadirin yang berada di dalam dewan kuliah.
Kepada yang tidak hadir, amatlah rugi kerana banyak pengisian yang menarik. Di post ini hanya sedikit saja yang dapat saya kongsikan kali ini, semoga bermanfaat.
Wallahualm.
show_faces='false'/>
0 Comments:
Post a Comment