26 June 2009

Perempuan dan Lelaki Boleh Baca : Cerpen Masyuuuuukkk

http://muhtarsuhaili.wordpress.com

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.




Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…

Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu…

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!

Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!

25 June 2009

Media Barat Musuh Umat Islam Yang Nyata



























Bismillahitaala

Lihatlah Dua gambar di atas bukti penipuan barat ke atas seluruh dunia terutamanya umat Islam sendiri. Dua gambar yang diambil di tempat yang sama namun diputarbelitkan oleh media barat bertujuan untuk mempecah-belahkan perpaduan dikalangan umat Muhammad.

Justeru itu, berhati-hatilah tatkala menerima berita daripada musuh Islam.

W,slm.


Gambar diambil daripada Blog FAIZAL TEHRANI
http://tehranifaisal.blogspot.com/












23 June 2009

Perincian tugas dan Tentatif

Segala maklumat akan dibicangkan semula pada mesyuarat akan datang.
Sebarang maklumat boleh dipinda mengikut kesesuaian.
Wallahualam.

BIRO – BIRO DAN PERINCIAN TUGAS

PENASIHAT (EMI)

KETUA

AJK

1. BIRO TARBIYAH.

· Harus sentiasa mengingatkan AJK perlaksana akan niat program ini diadakan.

· Memberi pengisian untuk setiap mesyuarat yang dijalankan.

· Mencari artikel untuk dihebahkan.

· Menyediakan papan ‘shout-out post’ di pantry.

HAFIZUDDIN SALLEH.

HAZWAN

NOR AKMA

2. BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI.

· Menjalankan promosi tentang aktiviti ini dengan menjadikan pelajar perubatan sebagai sasaran utama.

· Meluaskan skop promosi kepada pelajar fakulti lain.

· Menyediakan banners, poster, blog dan CD cenderamata. Juga tayangan yang bersesuaian.

FAIZAL

ALYZA

AINAA'

FATIMAH AZZAHRA

SITI MAISARAH

3. BIRO SPONSOR DAN DERMA.

· Dapatkan sumbangan tidak kira dalam apa bentuk sekalipun ; wang tunai, makanan, bahan dan peralatan aktiviti.

· Mengutip derma seawal mungkin daripada pihak selain pelajar perubatan UiTM Shah Alam.

· Bekerjasama dengan bendahari dalam urusan perbelanjaan.

· Menggalakkan supaya warga fakulti menginfakkan harta ke jalan Allah. InsyaAllah.

AIZZAT

SUHADA ADNAR

SUMAYYAH AZMI

NADIAH J

4. BIRO PAMERAN.

· Menyediakan bahan-bahan pameran yang bersesuaian.

· Juga perlu menjaga pameran pada hari program bersama ajk dibawah biro pameran.

· Perlu bekerjasama dengan semua biro terutamanya biro jualan untuk menjamin kelancaran hari program berlangsung,

· Mengendalikan pertandingan melukis poster.

ATIRAH S

NADZ RUSLAN

SAKINAH M

QHASMIRA

AZIMAH

QILAH

5. BIRO JUALAN.

· Cupcakes/Muffins Untukmu Palestin.- Cari sponsors, dapatkan potongan harga.

· Buku - buku Palestin – boleh dapat dari Aman Palestin.

· T- Shirt Palestin – dapatkan dari Islamic Brotherhood of Arts. Jika perlu tempah awal.

· Shawl/Mafla daripada Aman Palestine.

· Mempromosikan barang jualan sebelum dan semasa progtam berlangsung.

LUQMAN

ADAM

FAEZ

NAZEERA

RAJA

6. BIRO SUKAN DAN AKTIVITI.

· ‘Darts’

· ‘Paintball target shooting’.

· ‘Mobile Wall-climbing’.

· Tayangan Video di dewan kuliah.

· Dapatkan sponsors dalam bentuk aktiviti semasa program.

ALI

NABILLA

KHAIRUL

BARIEAH

7. BIRO FOTOGRAFI.

· Menjaga gerai bergambar.

· Menyediakan latar belakang yang menarik untuk hadirin mengambil gambar.

· Mengambil gambar sepanjang aktiviti berlangsung.

· Mendapatkan kamera yang lebih baik daripada pihak fakulti.

AZIZI

RABIATUL

AMI

8. BIRO TEMPAT DAN LOKASI.

· Bekerjasama dengan biro jualan, pameran, logistik dan aktiviti bagi memastikan lokasi perlaksanaan yang sesuai.

· Menempah tempat perlaksanan program seawal yang boleh.

· Tempat ceramah dan persembahan untuk malam kemuncak perlu disediakan.

BELLA

IZZAH

SODRI

SHAZLIN

9. BIRO LOGISTIK.

· Berkerjasama dengan semua biro yang ada (terutamanya tugas-tugas khas) untuk mengetahui keperluan biro masing-masing.

· Dapatkan bantuan staff fakulti untuk jualan dan pameran.

· Perlu memastikan segala keperluan tersedia dan dalam keadaan yang baik untuk kelancaran program.

ZULHILMI

NURAHANIZ

10. BIRO TUGAS – TUGAS KHAS.

· Menyediakan cenderamata untuk peserta, headbands dan lain-lain.

· Mengambil cenderamata daripada Jabatan Komunikasi Korporat di bangunan Canseleri.

· Sama-sama mencari bahan pameran dan risalah.

· Menolong biro multimedia menyebarkan poster dan mengedarkan CD cenderamata.

NUSAIBAH

NAJIHAH

.

ARIF BUDIMAN

WAHIDAH

NAILIL

11. BIRO ATURCARA

· Menguruskan protokol dan kelancaran malam kemuncak.

· Melaporkan jika terdapat sebarang masalah semasa program malam kemuncak kepada ketua program.

AZLEEN

NURMASITAH

12. BIRO MAKANAN

· Memastikan kafeteria untuk makan malam penceramah, VIP dan AJK perlaksana tersedia dan bersih.

· Membuat tempahan makanan pada katering yang bersesuaian untuk makan tengah hari dan malam.

· Memastikan makanan yang ditempah dihantar dengan selamat dan masih elok.

SITI SYUHADA

BELLA

BASHIRAH

FARAH HAZWANI

13. BIRO SAMBUTAN DAN PENDAFTARAN

· Mendaftar peserta di luar dewan sebelum ceramah bermula untuk mendapat anggaran hadirin.

· Menjemput penceramah jemputan ke dewan dan mengiringi penceramah ke kafeteria untuk makan malam.

· Mengedarkan borang soal selidik kepada hadirin bagi mengetahui keberkesanan program ini.

SAKINAH

M

SITI AISYAH

NOR AINI

KAMILAH

QILAH

14. BIRO CERAMAH

· Bertanggungjawab mencari penceramah jemputan pada malam kemuncak

· Menyediakan peralatan dan keperluan yang mencukupi sebelum ceramah bermula.

HAFIZUDDIN SALLEH

HAZIRAH

ADIBAH

UMAIRAH

15. BIRO PERSEMBAHAN

· Menyediakan persembahan nasyid yang kreatif daripada pelajar perubatan sendiri untuk tetamu yang hadir pada malam tersebut.

ALI

SALLEHIN


Tentatif Program MINGGU MEMPERINGATI HARI AL-QUDS 2009

Selasa (15 Ogos 2009)

8.00 pagi - Menyediakan bahan di tapak pameran.

9.30pagi – 3 petang - Aktiviti bermula.

a) Pameran.

b) Jualan.

-Cupcakes

-Buku dan t-shirt Palestin

-Shawl dan mafla

d) Photobooth

e) Wall climbing.

f) Edaran risalah berkaitan Palestin.

12.00 – 1.00 tengahari - Makan tengahari secara bergilir.

1.00 – 2.00 petang - Solat Zohor secara bergilir.

6.00 petang - Berkumpul di dewan untuk solat maghrib berjemaah.

a) Ketibaan para jemaah dan VIP.

b) Tazkirah ringkas semetara menanti waktu maghrib.

7.15 ptg - Solat maghrib , solat hajat dan bacaan Yassin.

8.10 malam - Solat Isya’

8.30 malam - Tetamu berkumpul di lecture hall B.

8.45 malam - Ceramah.

10.15 malam - Jamuan ringan untuk VIP.

14 June 2009

Perginya Seorang Mujahid~

Salam alaik.

buat sahabat2 sekalian.

kita manusia. selalu lupa. jadi sahabatlah yg perlu mengingatkan.
penulis ber'ym' dgn salah seorang sahabat yg kini menuntut di Mesir.
cerita kami berkisar tntg seorang hamba ALLAH yg bernama muhammad ammar bin zulkifli.

pernah dgr nama muhammad ammar bin zulkifli?
mungkin kita tak mengenali beliau. tapi kisahnya boleh dijadikan pedoman.
boleh dijadikan pengajaran. untuk kita yang masih lalai dan leka.

allahyarham merupakan pelajar perubatan tahun 3 di unversiti kaherah,mesir.
terlibat dalam kemalangan jalanraya.
kisahnya ada tersiar di tv3 buletin utama. tp itu kisah media.
ada kisah yg lebih menyentuh perasaan mengenai hamba ALLAH ini.
antara kata-kata allahyarham yang sering meniti bibirnya,

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"

penulis tak pandai berkata2. sahabat penulis mencadangkan blog ini untuk mengetahui kisah Ammar ini.

amadanaksoleh.blogspot.com
klik INI dan INI utk direct link.

tmbhan link sekitar pengebumian ammar.

insyaAllah.sahabat2 sekalian akan tahu lebih lanjut mengenai saudara kita yg insyaAllah mendapat syurgaNya.

AlFatihah buat Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli.

09 June 2009

Wali Jedi

http://nikujang.blogspot.com

"Kau pergi la belajar dengan Wak Jedi tu. Mana tahu boleh jadi power macam Darth Vader." Han, nama singkat bagi Hantu, tunjuk kat satu orang tua yang tengah menyelongkar tong sampah kat tepi jalan. Kawan dia Ben pun tengok lalu tersengih.

"Huih! Mana dia nak ajar kalau niat nak join 'The Dark Side'. Cakap la kau nak jadi apprentice dia dulu, bila dah terer baru derhaka." Mol menambah sambil plucking gitar kapok lagu Metallica.

"Banyak la korang punya Jedi. Wak tu aku tengok macam orang tak betul je, kepala berdebu. Kalau betul dia tu Jedi Master macam Yoda tu mesti la dia tak kutip tin aluminium. " Ben, singkatan bagi 'bendul' nak taknak layan la jugak diorang merepek walau tak masuk dek akal.

"Kau tu la pandang rendah kat orang, tengok secara zahir memang nampak koman, batin dia kau tak tahu. " Han menegur Ben.

"Kalau korang nak sangat jadi anak murid Wak tu kenapa tak korang je pergi jumpa dia." Ben melatah bila ditegur kengkawan seperlepakannya.

"Kitorang mana la layak. Batin lemah. Tu yang hari-hari layan kopi tongkat ali ni, nak kuatkan tenaga batin. Muahahaha!" Kata Mol menguatkan hujjah Han sambil mengaku kelemahan sendiri.

"Cheh! Tepahape la teori Star Wars korang ni. Tau le minat filem George Lucas tu tapi pada-padalah. Tah apa hal pulak orang tua tak betul tu jadi mangsa imaginasi fiksyen sains kepalotak korang. " Ben heran.

"Hekeleh. Kau tu la tak bercampur dengan orang, mana nak tahu cerita. Kitorang semalam sepetang dok melayan dia borak pasal 'Imperial army', 'Storm Troopers', 'Dark Emperor' bagai dengan orang tua tu. Gila syok layan wa cakap lu. Siap dia ngaku George Lucas ambil cerita dia tapi tak ambil dia berlakon. Rasa nak berguling tahap kelakarnya." Han kalau bab menokok tambah cerita memang first class, sepuluh dia cerita, sebelas tak boleh percaya.

"Iyye ke? Dia yang bawak cerita? Pergh! Peminat hard-core Star Wars rupanya Wak tu ye. Panggil la dia cerita lagi." Ben pulak jadi excited bila dengar cerita Han.

"Tak maunya. Ni kan time kerja dia. Karang dah habis kerja baru dia lepak sini pekena teh. Tapi kalau orang ramai, dia tak duduk minum. Kalau kau nak timing best kau cari dia kat wakaf tepi masjid tu. Biasa petang-petang lepas Asar dia ambil angin kat situ. Terailah petang karang." Mol cukup arif tentang orang tua ni.

"Assalamualaikum Wak. Ambil angin ke?" Ben segan-segan mendekati orang tua ni yang tengah baik punya melepak kat wakaf tepi masjid.

"Takkan buang angin pulak. Batal air sembahyang." Wak jawab selamba.

"Dengar kata Wak suka cerita Star Wars, betul ke?" Ben tak pakai mukaddimah dah. Bantai straight aje.

"Ni mesti member kau cerita kat kau kan? Buang masa aku aje."

"Kenapa pula Wak?" Ben cuak bila Wak kata buang masa.

"Diorang gelakkan aku le tu. Yelah, siapalah kita." Jelas nampak kekecewaan di wajah Wak.

"Jangan ambil hatilah Wak. Diorang tu memang macam tu. Jahil." Ben duduk sebelah Wak walau tak di-offer.

"Kamu nak apa dengan aku? Ada tin kosong? Ke kamu tu yang tin kosong?"

"Hehehe, saya tak minum air tin Wak. Nak kata tin kosong, rasanya ye la kot, maklum le belajar tak tinggi." Ben jujur.

"Belajar ilmu Jedi nak? Wak boleh ajar."

"Wak Jedi master ke? Bukan nak kutuk tapi ye ke ada betul ilmu Jedi tu?" Ben dengan bendulnya bertanya walaupun dia tahu jawapannya, gamaknyalah.

"Apa pulak takde. Semua benda keliling kita ni ada 'The Force'. Hanya Jedi aje tau nak gunakan 'The Force' tu." Serius je Wak bagitau Ben macam real.

"Iyye ke Wak? Nak tau macam mana force tak force ni Wak?"

"Benda ni bukan boleh tengok dengan mata kepala. Guna mata hati. Aku nampak 'The Force' tu kuat dalam kau." Wak berkata dengan penuh bergaya macam berlakon dalam cerita Star Wars lagaknya.

"Heheh...Biar betul Wak. Pergh! Rasa macam Anakin Skywalker la pulak." Ben terang-terangan menyatakan minatnya pada watak Darth Vader.

"Kau kalau nak jadi macam Anakin, Wak taknak ajar. Dah terer, takabbur la pulak."

"Huish! Mana ada Wak. Tak mahu saya hidup pakai helmet doplohpat jam macam Darth Vader tu. Saya naik motor pun malas nak sarung helmet." Ben selaku mat rempit kampung menyatakan pendiriannya.

"Kalau macam tu takpe. Esok sebelum subuh jumpa aku kat sini." Arah Wak.

"Errr...Saya selalu subuh gajah la Wak. Kadang terus zohor." Ben memang jujur menyatakan kejahilan dan kekufurannya.

"Nak belajar ke tak?"

"Nak-nak-nak. Oklah esok saya tunggu sini sebelum subuh!" Ben takde pilihan. Nak sangat...Hambik!

"Kau dari mana ni Ben?" Tanya Mol sambil goreng lagu Cromox guna gitar kapoknya.

"Dari rumah. Ganti balik tidur. Ngantuk bangun pagi sangat."

"Kau bangun pagi? Menoreh hape?" Han menyampuk dengan gelak tawa.

"Taklah. Aku pergi jumpa Wak Jedi. Dia kata nak ajar aku ilmu Jedi."

"Muahaha...!!! Ni dah jadi anak murid dia la ni ye? Kahkahkah...!!!!" Mol terus berhenti petik gitar. Kelakar sangat le tu.

"Gelaklah puas-puas. Ni korang punya idealah ni. " Ben bengang.

"Habis tu pagi ni dia ajar apa? Cara nak angkat tin guna mata ke?" Han melawak.

"Mana ada. Dia ajar aku ambil wudhu. Pastu kena sembahyang jemaah kat masjid."

"Huahuahua..!!! Light saber dia ada bagi tak?" Mol mula la nak pekenakan Ben kaw-kaw.

"Light saber tengkorak korang. Dia bagi sabit. Kena tebas semak keliling masjid." Kehanginan Ben tampak jelas ternyata.

"Huahuahua...!!! Nyesal aku tak mintak jadi anak murid jugak. Kalau tak boleh tolong kau gotong-royong sekali. Huhuhuhu...!!!" Mol dapat punchline maut yang buat dia sendiri tergelak guling-guling.

"Ni sebelum zohor kena pergi masjid lagi. Letih!" Keluh Ben.

"Berapa kali sehari kau training?" Han mengesat-ngesat air mata yang berderai dalam tawa tadi.

"Lima. Tiap lima waktu aku kena jumpa dia kat masjid. Sekali miss terus kensel perguruan." Nyata Ben.

"Gila berat siot! Aku nak dapat satu waktu kat rumah pun susah. Hebat! Hebat! 'May the force be with you' lah! Hahaha...!!!" Mol tambah lagi satu punchline yang membuat mereka kembali gelak guling-guling atas tanah.

"Sedar tak sedar dah setahun kau jadi murid aku. Tak sia-sia Wak train kamu, kau memang Jedi sejati. Jangan kau terjebak dengan The Dark Side sudah." Wak berpesan pada Ben dengan penuh ikhlas sambil melepak kat wakaf tepi masjid bersama anak muridnya itu.

"InsyaAllah tak Wak. " Ben dengan konfiden tapi tak takabbur menyatakan ikrar pada gurunya.

"Jangan sekali-kali bagi nafsu amarah kamu timbul. Sekalipun berhadapan dengan Dark Emperor a.k.a Iblis laknatullah. Ingat, semua ni kuasa Allah, kita hanya hamba Dia yang lemah dan tiada kuasa kecuali Dia yang Maha Kuasa. Bila kita lupa siapa yang benar-benar berkuasa maka mudah kita jadi takabbur. Jadilah kita seperti Iblis." Ternyata apa yang dikiaskan dengan filem Star Wars dapat memudahkan Wak dalam mengajar Ben tentang hakikat perjuangan insan menentang musuh yang ghaib.

"Nak tanya sikit Wak, Jedi master takde kuasa special macam boleh terbang ke, angkat barang pakai fikiran ke?" Ben yang hakikatnya memang bendul masih mengharapkan keajaiban duniawi.

"Kalau pun ada kamu nak buat apa? Nak jadi riak, nak tunjukkan kat orang yang kamu tu ada kuasa? Nak orang puji kamu? Nak rasa diri kamu tu best? Tak cukup special ke apa yang Allah dah anugerahkan pada kamu selama ni?" Wak tegas menerangkan bahaya sesuatu keajaiban kerana biasanya akan menghijab manusia dari keajaiban yang berlaku depan mata mereka sehari-hari.

"Eheh, saje je tanya. " Ben tersengih.

"Hmmm...Saje takpe, jangan sengaja." Wak tak marah.

"Wei-wei-wei! Ben Kenobi dah sampai." Han sigung Mol yang tengah khusyuk goreng lagu Marty Friedman.

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh."

"Waalaikumsalam. Kau dari masjid ke Ben?" Han jawab salam Ben nak taknak je.

"Ha-ah. Tak nampak korang kat masjid tadi?" Ben tarik kerusi.

"Eheh, kena pergi masjid ke? Kitorang bukan macam kau, kau Jedi." Mol selamba menjawab sambil perli.

"Jedi tak Jedi. Korang ingat orang azan tu buat apa? Saja nak test vocal?" Ben pun dengan selamba melaser balik dengan penuh hikmah.

"Aku tengok kau sekarang berjubah berserban, ni uniform Jedi ke?" Mol tak puas hati nak pekenakan Ben balik.

"Uniform Jedi? Ni sunnah nabi kau tau tak? Korang pakai jean jeket ni sunnah siapa?" Ben sedih member-membernya mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w.

"Mentang-mentang dah jadi Jedi, kau asyik nak belasah kitorang je ye Ben. Macam la kitorang ni klon-klon storm troopers yang jahat tu. Sampai hati kau." Han berkias.

"Aku bukan saje-saje nak belasah korang, tapi sebagai kawan takkan aku nak terus tengok korang dijajah kerajaan Imperial yang lebih kepada 'The Dark Side' tu. Kalau pun korang tak nak jadi Jedi, taknak berjuang demi kebenaran, sekurang-kurangnya korang jangan la nafikan 'The Force' yang senantiasa wujud di sekeliling kamu tu. " Ben menasihatkan sahabat-sahabatnya yang masih bernaung dibawah kegelapan kejahilan.

"Kitorang mana la tau 'The Force' tu apa, kitorang bukan Jedi." Mol mengaku jahil walau masih sinis.

"Nak tau? Datang masjid zohor nanti. Oklah aku kena blah dulu. Akhir kata...'May The Force Be With You'. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" Han dan Mol jawab salam perlahan. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Betul jugak kata Ben, kita ni apa nak jadi entah. Baru tahun lepas dia berguru dengan Wak Jedi tu, tengok dah jadi apa. Walau tak jadi imam masjid, tapi aku dengar berebut makcik-makcik kat kampung ni nak buat dia menantu. Kita ni usahkan nak buat menantu, lalu pun tak pandang. Macam la kita ni hantu." Han tersedar betapa hampehnya mereka yang selama ini menghampehkan Ben yang berguru dengan Wak yang mereka anggap hampeh tu.

"Kau agak-agak Wak Jedi nak ke terima lagi apprentice baru? " Mol terasa ada sekelumit cahaya menembusi kalbunya yang bersarang kehitaman.

"Apasal? Kau pun nak jadi Jedi jugak ke? Muka macam Wookie ada hati nak join jadi Jedi." Han macam tak percaya Mol ada niat nak kembali ke jalan yang lurus.

"Kau pun apa kurangnya, sekali pandang saling tak tumpah macam Jabba The Hutt." Mol bengang. Melatah mengutuk memang lumrah mereka.

"Korang gaduhlah dulu ye, aku nak berambus." Bobba yang selama ni menjadi pak turut dalam kelompok mereka akhirnya bersuara.

"Kau nak kemana tu? Rumah kau bukan ke sana ke?" Han heran. Dia tahu sangat rumah Bobba, tempat dia tumpang makan sebab mak dia suka menjamu tetamu walau hari-hari datang tanpa jemu.

"Aku nak pergi masjid." Bobba jawab selamba. Lantaklah diorang nak kata apa.

Han dan Mol terdiam. Mol tengok Han, Han tengok Mol.

"Jomlah join."