18 June 2012

Penulisan Kreatif: Tak Kenal Maka Tak Cinta :)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Cinta.. saban hari kita tidak lekang daripada perkataan CINTA itu.

Apa maksud cinta?
Setiap dari kita mempunyai pendapat dan pemahaman masing-masing berkaitan cinta. Cinta itu luas maksudnya dan cinta itu fitrah manusia. Perasaan yang Allah kurniakan kepada manusia. Cinta boleh membawa seseorang itu ke arah kebaikan atau keburukan. Kita sebagai manusia, iaitu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah yang di kurniakan akal fikiran harus lah bijak memilih. Kerana kehidupan itu sendiri satu pilihan. Kita ingin memilih kehidupan yang mementingkan duniawi semata-mata atau kehidupan yang dimatlamatkan untuk ukhrawi??  Tepuk dada, tanya iman masing-masing ;)

"Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda : "Dunia ini ibarat penjara bagi orang Mukmin dan Jannah bagi Orang Kafir". [Hadis Riwayat Muslim]

Dunia adalah sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam, di mana kelak, akhirat adalah tempat untuk menuai. Maka, kalau bagus benih yang kita tanam, mesti lah hasilnya pun bagus kan? Semakin banyak amalan-amalan mahmudah kita amalkan, maka banyak lah ganjaran nya kelak..inshaAllah.. Segala amalan yang kita lakukan mestilah niat kerana Allah dan berlandaskan Al-Qur’an dan as-sunnah.

Contoh teladan terbaik
Rasulullah SAW adalah manusia sempurna, sebaik-baik manusia dan idola kita sebagai umat Islam.  Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah. Namun demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah SWT telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan dalam Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, Baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 haribulan Rabi’ul Awal.
Baginda ialah contoh teladan yang terbaik, sebagaimana riwayat hadis Tirmizi: J.9. H 236. Kitabul-Munaqib:

Bahawa Baginda SAW berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah saya ini?”, Para sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat ke atas engkau.” Ujar Baginda lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluq (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka ia jadikan saya dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa qabilah, maka Ia jadikan beberapa rumah (rumahtangga) maka Ia jadikan saya yang paling baik di antara mereka”. 

Jaga sunnah Baginda
Daripada celik mata di awal pagi, hingga la kita menutup mata di malam hari; segala nya adalah ibadah jika niat kan kerana Allah dan mengikut syariatNya. Maka, hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat  Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

 "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA
Berbalik kepada tajuk utama..cinta..
Cinta kepada manusia itu indah. Tapi, sesungguhnya cinta kan Allah dan Rasul lebih indah. Cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:



1. Cinta kepada Allah

 Inilah cinta yang tertinggi dalam Islam. Tanpa Allah, siapalah kita. Segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita, maka selayaknya cinta yang utama hanyalah pada Allah s.w.t. 
Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kita juga adalah penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah. 


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” 
(Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)



3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan cinta ini adalah merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan  supaya kita mencintai ibu bapa, keluarga, dan kenalan. Cinta antara suami dan isteri. Cinta sesama mukmin juga sebagai syarat kepada sebuah jemaah itu untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW demi menegakkan agama Islam. Maksud firman Allah SWT:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)





Kesimpulan
Betapa, kita sering menyatakan bahawa kita sayangkan Allah. Sayang kan Rasulullah. Sayangkan Islam. Tapi, apa buktinya?
Ayuh.. Buktikan sekarang. Taat segala perintah Allah, dan tinggalkan segala larangan nya. Hidup dengan cara Islam. Islam bukan hanya di masjid, di surau, atau di tempat-tempat yang ada majlis agama, yang ada ustaz/ustazah. Tapi, Islam itu syumul (menyeluruh). Islam itu lengkap dan sesuai untuk semua orang. Amalkan lah gaya hidup Islam yang sebenar. Bukan Islam hanya pada keturunan, bukan Islam hanya pada kad pengenalan. Tapi, jadilah umat Islam/ mukmin yang sejati.
Niat kan kerana Allah, untuk mencapai redha nya. Berpandukan Al-Qur’an dan as-sunnah.
Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik. Baginda manusia yang sempurna. Baginda ialah idola kita. Maulidur Rasul bukan hanya untuk disambut setiap tahun. Tapi, semoga kita dapat mengamalkan segala sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita.
InshaAllah. JOM. Mulakan dari saat ini ! ^_^ 

Wallahu a’lam..

p/s: Sekadar renungan bersama. Diri yang menaip ini juga masih banyak kelemahan. Sama-samalah kita ingat-mengingati ;)


-Fil Mardhatillah-

Rujukan: - Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w
              - Fiqh Al-Sirah 1; Dewan Pustaka Fajar
               -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia