06 June 2009

Anda bagaimana?

(Dipetik from A to Z dari http://www.scribd.com/doc/8263171/Berhibur-tiada-Salahnya?autodown=doc )

Hiburan : Antara Lagha, Fitnah & Fitrah

Sebentar tadi, keluar makan dengan dua-tiga orang. Bercerita tentang isu semasa. Bermula dengan kisah AFundi VS APundi yang dikirim dalam email.

[Original ditulis oleh http://www.bukunota.blogspot.com/ dalam blognya]. Kemudian, masuk pula cerita AF. Senang cerita, mereka berdebat (ala kaum wanita & secara sederhana) tentang fenomena AF, hiburan yang sungguh gah dalam media kita. Mari kita telusuri bincang-bincang waktu makan tengahari ini.

Kata A, media memang memainkan peranan besar...kalau media buat sebagai besar maka besarlah jadinya.

Kata B, orang kita mudah terpengaruh, terutama anak-anak muda.

Kata saya, memanglah...dan itulah peranan kerajaan membendung budaya hedonisme ini daripada menular...media sendiri perlu dibendung untuk tidak keterlaluan dalam mengenengahkan budaya hiburan hingga menjadi melampau.

Kata A pula, kita tak boleh sekat perkembangan & pembangunan (fikir : pembangunan apa yang dimaksudkannya tak tahulah.). Dunia makin berkembang sekarang. Kita tak boleh kata kerajaan tak bendung. Orang terlalu ramai untuk kerajaan bendung perkara ini. (Dalam hati saya, sebab dia itu kerajaan & sebab rakyat itu ramailah maka perlu ada pengawasan terhadap gejala ini).

Saya tambah sikit; Budak-budak remaja terlalu ghairah dengan fenomena realiti tv terutamanya hiburan ini. Sanggup mereka berhabis dengan caj sms yang tinggi untuk mengundi & chat di tv interaktif.

Kata A lagi, iya...tapi kita kena cari root causenya. Ibubapa kena kawal anak-anak daripada tengok. Tutup tv, jgn langgan astro!

Saya tambah lagi, zaman sekarang ni anak-anak boleh cari di mana saja. Sebab sudah luas terbuka capaian internet & media. (Sebabnya, saya tahu kisah seorang remaja yang ibu bapanya mengawal drp segi tidak melanggan astro, tetapi si anak tetap mengambil tahu perkembangan AF.)Sebab itu pengawalan keseluruhan terhadap program itu sendiri perlu. Buatlah garis panduan, bahawa program hiburan tidak boleh lebih drp 30% (contohnya) daripada 24 jam program TV. Contohnyalah. Ini tidak, TIADA PENGAWALAN KETAT. Kita seolah melayan arus yang dibawa oleh media yang mengaut berkantung-kantung keuntungan ini. (Mengingatkan ini bukan perdebatan politik, tetapi berasaskan hiburan yang melampau & terlampau, saya memperlahankan rentak.)

Kata A menambah perisa, bagi saya didikan kita yang sebenarnya. Kita perlu kawal mereka untuk tidak mengikut arus tersebut.

Kata C, benar tu Puan.

Komen saya : panas. paNAS. paNAS!

Sebab apa panas. Sebab AFlah! Kerana ia satu bentuk hiburan yang meletakkan penonton sebagai pihak yang paling penting. Justeru, setiap penonton yang mengundi merasakan diri mereka penting dan sanggup menghabiskan kredit walaupun baru saja top-up dengan undian & chat. Sebab apa mereka buat begitu. Sebab mereka rasa diri mereka penting. Saya pernah bertanya seseorang yang mengundi. Pada musim AF yang lepas seingat saya. Katanya, saja suka-suka. Saya tersenyum sambil suami berbisik pada saya. Mengingatkan saya untuk memperingat si dia bahawa setiap sen yang disumbangkan untuk mengundi itu adalah pemangkin untuk si 'pelajar' menjadi penyanyi.

Dan apakah yang akan dibuatnya setelah jadi penyanyi? Adakah dia akan mendedahkan aurat atau terlibat dalam pergaulan bebas? Adakah dia akan terlibat dengan maksiat, sementelah kita sedia tahu dan TAHU bahawa dunia hiburan itu penuh dengan kancah maksiat.

Justeru, setiap sen yang kita laburkan untuk mengundi itu adalah saham untuk kita di akhirat sana. Kerana 'berjaya'nya dia sebagai penyanyi yang membuat pelbagai perkara tanpa ada batas dosa pahala. Dan, di situ ada saham kita.

Saya tahu, di kalangan pembaca blog saya ini tak ramai yang mengikuti perkembangan AF & menjadi penonton AF ataupun pengundi (rasanya tiada yang mengundi kot! :) ). Bukan AF sahajalah, sekarang ini terlalu banyak program realiti tv : Mentor, Audition,OIAM,Malaysian Idol hatta Bintang RTM pun ada SMS Undi! Cuma, berpesan-pesanlah ke arah kebaikan. Saya tahu walaupun kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan hiburan melampau ini, ada saudara-mara, atau adik-beradik kita yang mungkin terikut-ikut dengan budaya ini.

Berpesan-pesanlah.

Pendapat saya, adalah fitrah manusia sukakan hiburan. Sebagai umat Islam, kita terikat dengan batas-batas syariat untuk muzik, hiburan, pergaulan. Semua ini saling berkait rapat. Oleh itu, silap caranya...seperti yang berlaku sekarang, hiburan itu jadi lagha & fitnah pula.

Bagi yang sukakan hiburan, bacalah novel Advencer Si Peniup Ney. Tepat sekali konklusi & saranannya. Sebuah novel satira yang hebat karya Faisal Tehrani. Saya amat menyukai novel ini. Saya ingin sekali hadiah novel ini buat adik-adik saya, tapi saya hampir pasti mereka tidak akan menyusahkan diri membaca kisah alam jin ini.

Bagi yang belum membaca Novel ini, belilah drp Ujana Ilmu. Sungguh bagus. Saya amat setuju, sukakan hiburan itu fitrah manusia, tapi bukan hiburan melampau. Kerana itu, Rasulullah s.a.w tidak menghalang tika wanita-wanita Arab bermain gendang semasa sambutan 'Eid. Dan, kerana itu juga kita akan Azan yang merupakan muzik panggilan Tuhan yang indah dengan dimulai paluan gebuk yang cukup menyentuh rasa kehambaan. Dan, kita juga ada bacaan Al-Quran dengan cara taranum yang cukup indah dan menyentuh qalb: lagu bayati, lagu rass, lagu mahur, lagu nikriz. Dan, kita juga ada zikir yang lagunya membuai rasa khusyuk dan tawadhuk. Semua ini lebih indah dan nyatakan dalam alam hati tika bersendiri di dinihari.

Untuk yang suka beramai-mesra, bersama-sama bernyanyikan selawat buat RasulNYA, atau bernasyid. Asal batas pergaulan dan lirik dan lagunya berunsur ketuhanan dan tidak mengetepikan nilai-nilai akhlak Islamiah. Dan menjadikan kita insaf bila mendengar dan menghayati lirik nasyid tersebut. Insaf manusia akan mati.

p/s: ini bukan perbahasan halal-haram muzik. TQs
show_faces='false'/>

0 Comments:

Post a Comment