Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Alaik.. ^_^
Alhamdulillah, Bengkel Feqah Perubatan siri 3 telah berjaya dilaksanakan ada 23 Januari 2010 bertempat di Dewan Kuliah B, bangunan sains dan teknologi, UiTM Shah Alam.
Tema kali ini adalah Tegas dalam Aqidah luas dalam Feqah.
Bengkel ini anjuran MESTA (Medical Student Association) dengan kerjasama DENSA (Dental Student Association).

Penerangan dari student medic UIA, "Hukum Syara' gugur apabila tidak mampu. perbezaan mazhab adalah rahmat, tetapi mencari sumber adalah penting."
Kami turut menjemput sahabat-sahabat daripada UIA, pelajar perubatan untuk menjadi fessi bagi sesi praktikal.

Antara pesanan beliau yang saya sempat ambil,
"We will become robotic if we do something without any reason behind it, and to know the reason, we must learn."
"To be an excellent student, we must do it yourself, we have to prove to our commuity that we can deliver, other than blaming other."
"To be an excellent student, we must do it yourself, we have to prove to our commuity that we can deliver, other than blaming other."
Slot pertama bertajuk "Islamic Medicine: Aplication of Modern Fiqh", disampaikan oleh Dr. Farouk bin Musa daripada Monash University.
Diteruskan dengan Slot kedua, "Keluasan dalam Fiqh" oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz

Kemudian sesi praktikal yang dibahagikan kepada dua sesi.
Sesi pertama dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut bilangan station.
Antara station yang disediakan adalah ;

Problem 1: Insaf dengan musibah yang menimpanya, beliau meminta jururawat yang bertugas mengajarnya berwudhu dan bersolat.
*Tayamum hanya boleh mengankat hadas kecil sahaja bukan?

Problem 2 : Adakah muntah membatalkan puasanya? Jika wanita ini perlu dirawat dengan infusi normal saline, adakah rawatan ini membatalkan puasanya? Penggunaan Dextrose atau Antibiotic semasa sedang puasa?

Problem 3: Bagaimana beliau hendak menunaikan solat dan wudu' dalam keadaan berbaring dan tidak mengetahui arah kiblat?

Problem 4 : Bagaimana pesakit hendak mengambil wudhu dan solat?

Problem 5 : Bagaimana beliau hendak berwudhu dan bersolat jika nanah dan darah sentiasa mengalir?
Hah, susah? Berpeluh kalau tak tahu asas feqah perubatan. Alhamdulillah segala pengisian sangat bermanfaat dan membantu.

Bonus Problem : Seorang pesakit dijadualkan menjalani pembedahan pada 4pm-7pm, sebagai jururawat yang bertanggungjawab, bagaimana hendak menerangkan status solat Asar beliau?

Ahli jawatan kuasa yang menjaga kebersihan dengan mengumpul bekas polisterin dan menyusunnya sebelum dimasukan kedalam plastik sampah.
Wallahulam..
*Maaf saya edit sedikit sebab kandungan dari blog saya tak sesuai untuk dicopy paste di sini.*
show_faces='false'/>
0 Comments:
Post a Comment