18 December 2011

PROGRAM ZIARAH PESAKIT



Program : Ziarah Pesakit
Tarikh : 17. 12.2011
Objektif:   Mengambil ibrah daripada pesakit agar terus kuat untuk bekerja
Sasaran peserta:        Ahli Lujnah Tarbiyah dan Assyifa' sahaja
Tempat :   Wad ortho,wad surgery,wad medicine Hospital Selayang
Alhamdulillah pada hari ini, Lujnah Tarbiyah EMI, telah berjaya melaksanakan satu program kecil-kecilan entitle – ‘Program Ziarah Pesakit 17 Disember 2011’- julung2 kalinya diadakan bersama Lujnah As-Syifa. =)
 [ syukran jazilan kerana menjemput As-Syifa’ untuk join bersama]


Program yang berlangsung selama 2 jam ini, secara rasminya telah bermula pada pukul 9 pagi, dimulai dengan kata alu-aluan dan sedikit pengisian daripada  muslimin Lujnah Tarbiyah (akh Hazmi). Seramai 8 orang peserta telah menyertai program ini. Since jumlah patient yang akan temui adalah seramai 5 orang, jadi kami telah dibahagikan kepada 5 groups kecil yang mana setiap satunya terdiri daripada 2-3 orang peserta. 

Pelaksanaan program ini adalah sama seperti Program Mahabbah Charity yang pernah dianjurkan oleh EMI pada Ramadhan yang lepas.  Disebabkan program ini berskala kecil, jadi setiap 1 group akan menemui seorang patient. Kemudian, patient’s history akan diambil secara ringkas dan penekanan adalah diberikan kpd patient’s spiritual history iaitu berkenaan solat ketika sakit dan masalah yang mereka hadapi untuk bersolat ketika sakit.
Diakhir program, kami berkumpul semula di ward 5D untuk berbincang dan berkongsi tentang ibrah ataupun pengajaran yang dapat dipelajari daripada pesakit.

Antaranya adalah bersyukur akan nikmat kesihatan yang masih dikurniakan oleh Allah SWT dan masih mampu beribadat kpd-Nya. Kata Nabi SAW, kita harus beringat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu :

                     I.        Sihat sebelum sakit
                  II.         Lapang sebelum sempit,
               III.         Kaya sebelum miskin,
                  IV.        Muda sebelum tua
                     V.        Hidup sebelum mati.

 Badan yang sihat dan kesenangan yang dimiliki kadang2 membuatkan kita leka dan lupa drpd mengingati Allah. Seperti kisah majikan dan 3 orang buruh binaan. Majikan tersebut berada dia atas bangunan dan melihat 3 orang pekerjanya sedang bekerja. Lalu dia berteriak memanggil pekerja2 nya namun panggilannya tidak bersahut. Lantas dipanggilnya lagi, tetapi masih tidak bersahut. Lalu dia melontarkan duit dari atas bangunan kepada pekerja2nya. Pekerja2nya berhenti bekerja dan berebut mengambil duit tersebut, kemudian mereka terus sambung dengan pekerjaannya. Setelah melontarkan duit, sekali lagi majikan tersebut berteriak memanggil pekerja2nya tetapi masih tidak dipedulikan. Akhirnya, majikan itu melontarkan batu kepada setiap pekerja2 nya barulah pekerja2nya mendongak keatas melihat kepada majikannya. Kisah ini adalah analogi kpd hamba2 Allah yang setelah menerima musibah baru kembali kepada Allah. 

Ingatlah Allah ketika kamu dalam kesenangan, nescaya Allah akan mengingatimu ketika kamu dalam kesusahan.

Selain itu, ibrah lain yang dapat diambil adalah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang anak demi menjaga ibunya sakit. Cuba sahabat2 fikirkan, pada zaman kita sekarang ini, boleh dikatakan sedikit sekali anak2 yang ada keinginn untuk menjaga ibu yang sedang sakit yang mana perlunya dia menjaga makan minum, kencing berak dan segala keperluan ibunya tanpa mengeluh sedikit pun. Berbakti kpd ibubapa adalah tuntutan agama. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menggembirakan ibubapa kerana keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa.

Program separuh hari ini diakhiri dengan sedikit perbincangan ttg Lujnah Tarbiyah dan penambahbaikkan Lujnah As-Syifa’. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dengan sasaran peserta yang lebih besar. 

Banyak input yang dapat diperolehi daripada program ini disamping dapat melatih diri cara2 untuk berdakwah kepada pesakit. 

Memetik kata2 Ali bin Abi Talib:
“Sesungguhnya mereka yang berakal tidak bersungguh2 melainkan dalam 3 perkara iaitu berusaha bagi keperluan hidupnya, beramal bagi hari kemudian, bersuka2 dalam perkara yang tidak haram.” –kitab Tanbihul Ghafilin karya Imam Abul Laith as-Samarkandi-
show_faces='false'/>

1 Comments:

Abdullah said...

Alhamdulillah...banyak lagi pengajaran yang kita boleh belajar daripada patient kita sendiri...kalau kehidupan seharian kita di sulamkan dengan Islam...Insyallah kita lebih dekat dengan Allah Yang Maha Esa.

Teruskan perjuangan As-Shifa

Post a Comment