18 December 2011

TAQWA


“Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan”
-Imam Syafie-

Masih ingatkah kalian yang suatu ketika dulu kita pernah dipandang tinggi, dan di geruni oleh musuh-musuh kita? Selama berabad lamanya kita memacu dunia sehingga lahirnya Mustapha Kemal Ataturk laknatullah lalu meruntuhkan sistem pemerintahan Islam pada tahun 1842.  

Gemilangnya umat terdahulu kerana mereka bertaqwa kepada Allah dan menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Dek kerana pengabdian dan kesungguhan mereka dalam menurut perintah Allah, telah ditolong oleh Allah akan segala urusan mereka dan mengangkat mereka menjadi umat yang mulia.
Taqwa mereka kepada Allah menjadikan mereka insan yang berjaya dan cemerlang. 

Pengertian taqwa secara ringkasnya mengikut tafsiran Al-Quran dan Hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardhukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkan-Nya. 

Ibnu Abbas menyatakan :
“ Orang bertaqwa itu ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharap rahmatnya dan keredaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya.”
 
Ubai bin Kaab menjelaskan perihal taqwa ketika ditanya oleh Umar Al-Khattab. Katanya, taqwa ibarat kita melalui jalan2 yang penuh dengan duri. Sudah tentu kita akan melaluinya dengan berhati2 untuk mengelakkan kaki mendapat luka. 
 
Sebagai contoh, kita tidak boleh senang2 diagnosed setiap pesakit yang presented dengan constipation sebagai simple constipation only. Sudah tentu kita akan take full history from this patient dan buat pelbagai investigations ke atas pesakit sebelum memberikan apa2 diagnosis dan treatment kepadanya. Kasihan patient sekiranya kita treat patient tersebut sebagai simple constipation, padahal dia mungkin ada hypothyroidism, intestinal obstruction, ataupun yang lebih parah lagi colorectal cancer. Sebagaimana kita berhati2 dalam management kepada pesakit begitu juga dengan taqwa, iaitu harus berhati2 dalam apa jua untuk mengelakkan daripada mendapat kemurkaan Allah taala.

Menurut Ali bin Abi Talib, taqwa ialah:
1. Takutkan Allah semata-mata
2. Beramal dan beristiqamah dengan segala perintahnya
3. Reda dan berasa cukup dengan keadaan yang sedikit
4. Bersiap sedia pada setiap masa bagi menghadapi hari mati.

Secara ringkasnya, definisi daripada Ali bin Abi Talib itu merangkumi 4 sifat utama yang melayakkan Muslim sebagai seorang hamba yang benar2 bertaqwa kepada Allah. 

Ayuh!! Sempena awal Muharram ini, selain daripada berazam untuk berusaha lebih gigih dalam akademik, tambahkan satu lagi azam iaitu untuk berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik. Masih lagi belum terlambat untuk menjadi yang terbaik selagi nyawa belum ditarik dan selagi matahari masih terbit dari timur. 

“dan siapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa yang menyerahkan diri bulat2 kepada Allah, maka Allah  cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu.”
At-talaq: 2-3
show_faces='false'/>

0 Comments:

Post a Comment