Otak..otak..otak!!saya suka makan otak-otak,...resipi untuk buat otak2 juga agak mudah dan menjimatkan masa...tapi, bagaimana dengan otak/minda anda? Adakah anda menjaganya, atau lebih tepat, tahukah anda cara menjaga minda anda??
Saya sangat pasti bahawa pembaca lebih arif tentang otak/brain. Jadi disini saya tidak akan menyentuh anatomi dan fisiologi dengan begitu mendalam, cumanya saya ingin menyampaikan sedikit penambahan ilmu yang mungkin antara kita tidak tahu.
Ibarat laptop, jika kita tidak menjaga dengan elok maka mudahlah dimasuki virus begitu juga dengan otak, jika kita tidak menjaganya kita tidak mungkin dapat menggunakannya dengan lebih efektif dan mungkin juga logik akal akan hilang (gila).
Berfikir merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai macam aktiviti kimia. Sebagus mana cara pemikiran anda pada umur 50+ adalah bergantung kepada sebagus mana proses kimia itu berlaku. Dan kita perlu tahu bahawa perubahan proses-proses kimia itu bergantung kepada apa aktiviti kita, diet kita dan emosi kita
Seperti yang kita sedia maklum, emosi kita diproses di amygdala. Amygdala pula akan menghantar impulsnya ke prefrontal lobe. Ini bermakna terdapat sedikit ‘overlaping function’ antara proses mengira dan persepsi. Emosi yang positif sebenarnya dapat menjana pemikiran yang efektif dan melancarkan proses pembelajaran. Manakala, emosi yang negatif (anxiety & fear beyond certain level) akan menggangu cara pemikiran dan ingatan anda. Ini kerana, emosi yang berbeza akan menghasilkan hormon yang berbeza. Antara hormon gembira yang akan dihasilkan apabila kita gembira ialah endorphin. Antara aktiviti yng dapat menghasilkan hormon ini ialah bersenam dan memakan dark chocolate
....
Itulah sebabnya ada sesetengah orang membahagikan penat kepada 2, satu ialah penat minda (exam symptoms) dan penat fizikal (selepas senaman). Dan tahukah anda mengulangkaji pelajaran (multiple times) adalah satu cara yang dapat menguatkan ingatan anda, kerana ini dapat menebalkan myelin sheath seterusnya dapat mempercepatkan kita untuk ‘recal’ kembali pelajaran kita. Tetapi pasti ramai yang beranggapan bahawa mengulangkaji subjek atau bab yang sama adalah suatu yang membosankan. Disinilah datangnya kepentingan hormon endorphin tadi, hormon itu mampu meningkatkan emosi kita dan dapat memotivasikan kita untuk belajar....
...Jadi rajin-rajin lah kita bersenam apabila kita ‘stress’ nak exam....tapi tidak lupa juga, baca-baca lah juga Kalam kita > Al-Quran..kita hendaklah sentiasa percaya dan ingat bahawa Allah sentiasa memerhati kita dan ingat akan kita.
Dalam Al-quran lah dialog-dialog Allah yang sentiasa menasihati kita, apabila kita berasa sedih;
“Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).”
(Adh Dhuha : 4)
“Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.”
(Adh Dhuha : 5)
Dan menurut Islam sendiri cara untuk mewujudkan pemikiran optimistik ialah dengan mengingati segala nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada kita (nikmat Islam,peluang belajar, ibu bapa yang sanggup melahirkan kita ke dunia, nikmat anggota yang lengkap,...etc)
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan?.” ( Adh Dhuha : 6 – 8)
Jika kita sedar Allah juga ada memberi motivasi apabila kita berasa putus asa;
‘Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".’ Surah Al-Hijr, ayat 56
...tidakkah anda berasa betapa Allah meletakkan kita sebagai umat yang kuat, walau sekeji mana pun perasaan kita terhadap diri sendiri tetapi Allah masih melihat kita sebagai umat yang kuat, sungguhnya Allah Maha Penyayang!
Dalam buku berjudul ”keep your brain sharp” karangan Terry Horne & Simon Wootton, mereka menyenaraikan 7 langkah menghadapi emosi negatif, antaranya ialah memaafkan seseorang, walaupun hanya memikirkannya atau melalui imaginasi anda. Hah, tidakkah anda terfikir bukankah telah ada dalam Al-Quran itu sendiri bahawa Allah meminta hamba-hamba Nya untuk memaafkan orang lain seperti dalam firman Nya;
“Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada, tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?” (QS Al-Nûr [24]:22).
Sedangkan Allah itu Maha Pemaaf, kenapa kita hendak sombong?
Di dalam buku keep your brain sharp juga, penulis ada menyelit mengenai kesan alkohol kepada otak; dalam huraiannya, penulis ada menyebut tentang risiko mendapat Wernicke-Korsakoff syndrome bagi penagih(heavy drinker). Di sini, peminum biasanya akan pulih daripada masalah bercakap dan berjalan tetapi tidak sama sekali akan pulih dari segi kebolehan berfikir seperti sebelumnya. Bukan itu saja, mereka juga akan menghadapi masalah kekurangan vitamins B12 yang penting untuk proses pemikiran(thinking process). Dan kesan buruk alkohol akan lebih ketara dengan peningkatan usia terutamanya selepas 50+..
Seperti dalam Al-Quran yang menyebut;
”Dan dari buah tamar (korma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang- orang yang mahu menggunakan akalnya”.(Surah Al-Nahl, ayat 67)
...Haha kita sekali lagi lebih tahu dan lebih pandai daripada orang eropahkan??tetapi tepuk dada dan tanya selera, berapa kalikah anda membaca Al-Quran dan tafsir dalam satu hari? Atau berapa kalikah dalam sebulan..Atau dalam satu tahun??-nasihat untuk diri sendiri yang jahil agama-
Selain itu, pengarang mengajak kita supaya memilih makanan yang keras & ‘chewy’ kerana ini dapat mengalak kita untuk mengunyah makanan itu lebih perlahan dalam satu masa. Makanan yang betul-betul hancur dapat memaksimumkan pengeluaran nutrisi-nutrisi dari makanan itu untuk di salurkan ke otak. Kelakarkan? Itu adalah penemuan baru bagi orang-orang eropah tetapi sedar atau tidak, kita sudah pun di ajar oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengunyah sebanyak 40 kali bagi setiap suap dan tak perlu pun untuk kita memilih makanan yang keras atau ‘chewy’ hanya untuk alasan menggalakan kunyahan....HMmmm pandainya Islam mengajar umatnya menjaga minda kan?
Jepun merupakan negara yang mempunyai kadar dyslexia yang terendah, kenapa? Sebab mereka merupakan negara perkapita penggunaan diet ikan yang tinggi. Diet yang mengandungi protien yang tinggi dapat meningkatkan penghasilan neurotransmitter dopamine dan norepinephrine, dan dua neurotransmitter ini dapat meningkatkan kesegaran minda(mental alertness) dan ketajaman minda.
Seperti dalam Al-Quran ada menyebut;
“Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain dan daripadanya juga kamu makan.” surah al-Nahl ayat 5
Kesimpulannya, Semua ada dalam Al-Quran, tinggalnya bilakah kita akan membaca dan memahaminya? Bilakah kita akan mengamalkan nya? Dan bilakah akan tibanya masa umat Islam sendiri yang akan mengkaji Kalam yang selama ini kita berpegang..Wallahualam..
Rujukan;
1. 1. ”Keep Your Brain Sharp” byTerry Horne & Simon Wootton, publish on 2010, at UK.
4. http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/268685aaa7f9d1af48256d6a0009eb6c/5079aaf1dab39c88482566cd0032621f?OpenDocument
show_faces='false'/>
0 Comments:
Post a Comment