01 September 2009

Gambar Program Al-Quds-Malam Kemuncak

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,

Kali ini saya akan up-date gambar serta sedikit gambaran akan apa yang berlaku pada hari itu.
Pendaftaran bermula pada jam 6.00 petang bertempat di foyer Menara Sains dan Teknologi.

Pelajar terus dihidangkan dengan makan malam, iaitu Nasi bersama lauk Ayam Masak Kuzi (saya pun baru dengar nama ni) +_+
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti Solat Sunat Hajat dua rakaat.
Diimamkan oleh Saudara Sallehin bin Zulkaply. Majlis diteruskan dengan Bacaan Yaasin untuk mendoakan Saudara Seislam kita di Palestine
Kemudian disusuli dengan tazkirah daripada Saudara Wan Ahmad AizzatPelajar senior dari Selayang tiba agak lewat, tetapi syukur selamat sampai. Kemudian semua pelajar menuju ke Dewan Kuliah B. Alhamdulillah, kahadiran penuh sampai tak muat Dewan.

Penceramah dari Aman Palesstine,


Simbolik penyerahan tabung kutipan derma. Setakat seminggu tabung diedarkan, dapat sebanyak RM 2 ribu lebih (kalau tak silap). Ini termasuk sumbangan daripada Pensyarah.

Pentomen oleh pelajar tahun satu, sangat menyayat hati. Sayangnya kerana VIP tidak sempat menntonnya kerana ini adalah persembahan terakhir.

Pengarah pentomen, Saudara Hamid selalu bertegas berpesan kepada mereka, dia tidak mahu penonton tergelak melihat persembahan mereka. Hasil lakonan yang berkesan.
show_faces='false'/>

1 Comments:

nwz3rd said...

salam..
rsenye ada pembetulan disini..
bacaan yaasin diketua oleh wan ahmad aizat...
tazkirah daripada saudara hafizuddin salleh..
tu je kot..
syukran kepada semua yang terlibat dalam menguruskan hari al-quds ni...=)

Post a Comment