Bagaimana RUPA agama Islam?
Hari
ni saya nak cerita pasal RUPA agama, anda sudah lama memeluk agama Islam,
tapi tahukah anda akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?
TIGA BENTUK RUPA AGAMA
Adapun
rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yang mana, jika
ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah akan rupa
bentuk agama Islam.
Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam
secara jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampak
akan rupa sebenar agama Islam.
Sebelum ini pernah ada orang tanya saya, adakah Malaysia ini negara Islam?
saya kata: “Bila kita pergi pasar malam, tidak
pula kita jumpa label pasar malam, tapi kalau anda tanya budak-budak pun,
mereka tahu itu pasar malam”.
Kenapa?
Kerana di situ ada amalan pasar malam. Apa amalan
pasal malam?
Ada orang jual, ada orang beli dan pada waktu maghrib, tetapi malam esoknya orang
dah tidak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yang sama, sebab dah tidak
ada amalan pasar malam…!!!
Jadi, di Malaysia
tempah tumpah darah saya dan mak saya ni, Sesetengah tempat memang macam negara
Islam, sesetengah tempat memang macam negara orang kafir!!! Oh, tepuk dada
tanya iman.
Oleh yang demikan adalah penting kita orang-orang Islam mewujudkan amalan Islam
yang boleh dikatakan sebagai rupa Islam. Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yang pertama…
Pertama:
SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORANG PEREMPUAN
AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (di rumah).
La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islam kah jika baaanyaaak masjid kosong tidak
berpenghuni?
"RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN
LENGANG…"
(Lagu: peristiwa akhir zaman)
Sekarang ni, trend orang muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan pangung
wayang, maklumlah ada cerita "Superman Return" (bayar tu!) tapi
masjid jadi 'blankmosque'… free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau orang kafir tengok masjid
kosong tidak rasa apa-apa, kita orang Islam janganlah seperti itu.
Saya pernah dengar satu ceramah, ustaz tu beritahu, LEBIH KURANG: Apabila 25% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka ahli-ahli
maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi-sembunyi.
(Oh...patutlah sekarang ni maksiat orang berani buat terang-terangan)
Apabila 50% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu – maka wanita akan
tutup aurat automatik.
(cuba rujuk hari Jumaat akibat satu waktu yang orang Islam solat
berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yang pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, ditanya, kenapa?
Diorang jawab, hari ni kan hari Jumaat, yang lelaki mula berketayap dan
bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yang pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu
baru kesan satu waktu, kalau hari2?...Oh. ..)
Apabila 75% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu, maka Allah akan campakkan
kegerunan orang kafir kepada Islam.
(patutlah Bush dan sekutunya yang lain tidak takut langsung pada umat Islam,
apa nak heran dengan nuclear? bom tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah!!)
Apabila
100% orang Islam mula solat berjemaah 5 waktu , maka
orang Islam akan memerintah dunia.
(Rujuk Nabi dan sahabat r.a., bila mereka memerintah dunia? Rujuk masjid mereka
bagaimana?)
Huh...sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tidak sedar
masjid kosong!!! Yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yang kerajaan tidak
larang (solat berjemaah), tiada pulak usaha di buat.
Kedua:
ADA ORANG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT
Dulu-dulu pada zaman sahabat Nabi SAW, jika melewati rumah-rumah mereka di
akhir malam, maka akan kedengaranlah bunyi orang menangis, bermunajat kepada
Allah. Malam ini, jika anda berjalan di kawasan perumahan orang-orang Islam,
apa yang anda dengar? Senyap sahaja…tiba tiba:
GOAL!!!!!!!
ingat pesan Kak Pah: " Carilah
ketenangan dalam diri sendiri, Munajat di sepertiga malam"
Isks…isks…isks…
Ketiga :
ADA SUASANA AGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.
Huh, hari ini cuba anda bertanya pada anak-anak , “siapa yang paling kuat?”
Ada mereka cakap Allah yang kuat, atau apa?
Mereka akan cakap: “Naruto dari kampung Konoha lah…”
Saya kata: “Apa
pulak, Hokage ke-5 lah yang paling kuat, Tsunade-sama! !!”
(Oh...ummat sedang
menderita…)
Lepas tu cuba anda
pergi pada wanita hari ini dan tanya mereka, “siapa yang paling kuat?”
Wanita hari ini
cakap: “Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!!”
Saya kata: “Apa
pulak, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah lah…”
(Oh..ummat masih
menderita…)
Kemudian, cuba anda pergi pada rakan-rakan lelaki anda dan tanya mereka, “siapa
yang paling kuat?”
Lelaki-lelaki akan cakap: “Brazill…pasukan samba, paling kuat!!!”
Saya kata: “Apa
pulak, Jerman lah, sebab Piala Dunia kat Jerman !!!
(Oh...ummat masih,
sedang dan terus menderita…)
Hindun yang pernah bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah r.a.) dan bersumpah tidak akan
masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam juga, kenapa?
Jawabnya: “Pada malam
pembukaan kota Mekkah, saya telah melihat Allah di sembah dengan
selayak-layaknya… “
saya ulang: MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN
SELAYAK-LAYAKNYA !!!
saya ulang lagi
sekali: ALLAH DI SEMBAH DENGAN
SELAYAK-LAYAKNYA !!!
Oh...kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa Cina dan India yang duduk di
Malaysia yang ada rakyatnya yang bagus dari segi akhlak tapi tidak terkesan
untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan
selayaknya… Oh…
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !
KITA BELUM
MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!
KITA BELUM
MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… !!!
Kerana itu juga pada zaman sahabat dulu orang bukan Islam
telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat r.a.,
mereke REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dengan mereka. M ereka menyembah Allah
dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya
dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.
YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK
DALAM GOLONGAN MENYEMBAH-MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA
Di waktu segala jalan hubungan bumi ditutup orang, jalan hubungan ke langit lapang terluang.. . Faqir ila Rabbihi, Isa Azzaki Zainal
show_faces='false'/>
1 Comments:
masyaAllah. an extremely good one. smg bjy menyentuh hati2 yg lain
Post a Comment