Selayang Pandang
“Saya belajar medik ni sebab nak tolong orang..”
“Mak ayah teringin nak tengok saya jadi doktor,saya nak tunaikan harapan mak dan ayah..”
“Kenapa ambil medik? Mestilah sebab saya minat! Sejak dari kecil lagi saya berangan-angan nak jadi doktor..!”
Jawapan-jawapan inilah yang biasa kita dengar di antara sahabat-sahabat kita apabila diajukan soalan tentang tujuan memilih bidang perubatan.Mungkin salah satu daripadanya adalah jawapan kita sendiri! Malah,ada juga suara-suara ‘nakal’ yang memberi jawapan yang yang tak keterlaluan dikatakan boleh ‘membinasakan masa depan’
“Aku bukan nak sangat medik ni,tapi sebab dah dapat,masuk je la.”
“Jadi doktor ni famous.Boleh buat duit bila dah jadi specialist.”
“Boleh cari partner doctor..hehe..”
Dan apabila kita telah terjun dalam medan ilmu untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah,jawapan dan matlamat berlainan pula diberikan sebagai penanda aras mengukur kejayaan kita.
“Tahun ni aku bertekad nak dapat distinction supaya keluarga aku bangga dengan kejayaan aku..”
“Aku nak usaha sungguh-sungguh supaya dapat jadi doktor yang bagus bila dah habis belajar nanti..”
Sedar atau tidak,kita sering tersasar mengukur sesuatu kejayaan dengan redhanya manusia berbanding mencari ‘tuan empunya’ redha yang sebenar.
Dek kerana sanjungan manusia, segala penat lelah bersengkang mata menatap buku-buku tebal,berkorban masa menyiapkan tugasan-tugasan,dan menahan sakit kepalanya semasa menadah ilmu,segala-galanya menjadi sia-sia!!
Bayangkan kita menyiapkan satu tugasan bertulis untuk dihantar kepada
pensyarah dengan membuat rujukan menggunakan berpuluh-puluh buku, terpaksa berjaga lewat malam menaip hingga lenguh-lenguh seluruh badan, berpeluh-peluh turun ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian, ditambah pula dengan kerenah rakan-rakan serta masyarakat sekeliling.Kita sangkakan tugasan yang dilakukan adalah yang terbaik.Sampai masanya, bakul sampah menjadi destinasi akhir tugasan bertulis kita lantaran tidak diterima oleh pensyarah,dengan alasan tidak menepati objektif dan matlamat tugasan yang diberi!
Begitulah perumpaan keadaan kita..Semua kerja keras yang dilakukan menjadi bukti usaha sia-sia lantaran kita tidak menyandarkan segalanya kepada Allah dan kerana Allah!Hal yang sama diaplikasikan dalam segala bentuk kerja yang dilakukan samada dalam berpersatuan mahupun
Sesungguhnya Allah murka terhadap hambanya yang
meletakkan sesuatu bukan untuk mencari redhaNya seperti yang dimuatkan di dalam kitab Ayyuhal Walad karangan Imam As-Syafie:
“Wahai hambaKu!Kenapa engkau sentiasa sepanjang
tahun memerhatikan kebersihan tempat pandangan
manusia terhadap dirimu,tapi tidak pernah engkau peduli akan tepat
pandanganKu walaupun hanya satu saat.”
3 Comments:
kalau niat tu mang awal2 dah bersandarkan lillahi taa'la, cuma kita x sebut di mulut ja camna? boleh x?
tuhan tahu isi hati kita,
tak perlu nak nyatakan.
^_^ bia apa org nk judge kite, yg penting niat tu betul,
dan Allah tahu apa dlam hati kite.
O_O?
kalo agk2 niat terpesong tu,istighfar byk2.
Allah Maha Mengetahui,kwn.
Post a Comment