25 May 2009

Niat dan tujuan

Assalamua'laikum,

Alhamdulillah, dengan tertubuhnya blog ini, satu lagi langkah yang berjaya diambil oleh Exco Modal Insan, MESTA UiTM.

Untuk pengetahuan pembaca selain pelajar perubatan UiTM, Exco Modal Insan Merupakan salah satu Exco yang terdapat dalam Medical Student Association (MESTA) daripada 7 Exco lain

Exco Diplomatik, Exco Aakademik, Exco Hal Ehwal Dalaman, Exco Tudag-tugas Khas, Exco Pengangkutan,

Exco Penerbitan dan Promosi dan Exco Keusahawanan.

Bukanlah tujuan post pertama saya ini untuk menyingkap sejarah Exco Modal Insan (EMI) ini sendiri, dan saya tak layak pun. Saya bukanlah orang yang terdiri daripada pucuk pimpinan tertinggi EMI sendiri yang sangat jelas akan tujuan EMI ini diperjuangkan di fakulti perubatan UiTM. Tapi saya ingin berkongsi tentang setakat apa yang saya faham tentang EMI ini.

Exco Modal Insan lebih kurang sebagai satu gerakkan Islam untuk menyambung dan menyampaikan dakwah yang diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Niat kami adalah kerana Allah.

Hasil pertanyaan saya kepada ahli EMI sendiri, akan sebab kenapa mereka menyertai EMI, kebanyakkan ahli EMI mengatakan adalah kerana untuk mentarbiyah diri sendiri disamping mentarbiah rakan-rakan pelajar perubatan di UiTM Shah Alam.

Antara tujuan lain kami adalah melahirkan generasi doktor yang bertaqwa dan diredhai Allah. Menyedari akan masa depan kami yang sentiasa bersama pesakit yang terdiri daripada pelbagai jenis manusia dan mempunyai banyak kerenah, kami ingin memastikan pelajar perubatan UiTM sendiri faham akan asas-asas hukum Feqah di dalam perubatan. Hal ini bertujuan pelajar yang bakal menjadi doktor yang cemerlang ini (inshaAllah), tidak akan lagi meragui sesuatu hukum tentang perubatan di dalam Islam.

Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan(sahaja) mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yg berdusta
(al-ankabut 2-3)

Kami juga sedar betapa besarnya peluang kami untuk berdakwah dan mentarbiayah pesakit, rakan-rakan doktor di sekeliling kami kelak. Jadi, EMI ingin menjadi sebuah persatuan kecil yang dapat membaja semangat cintakan Islam, dan ilmu-ilmu Islam kepada pelajar-pelajar perubatan UiTM.

Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.
Tapi aku ingin hati-hati yang Ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bagunan yang tersergam indah.
(Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin As-Syahid Al Imam Hassan Al-Banna)

Sekian saja secara ringkas yang saya dapat coretkan disini.
Segala salah dan silap, harap dapat tunjuk ajar daripada mereka yang lebih ariff dan faham akan tujuan EMI ini ditubuhkan.

Wallahualam bissawab.


show_faces='false'/>

2 Comments:

حكيمه خانئ said...

jazakillah, dibaa! =D

nadz ruslan said...

trasa bruntung di uitm.

suma jadi ada hikmahnya*mumble to myself.

Post a Comment