14 November 2009

all the best, everyone.

Bismillah.

1. sy nak minta maaf sebelum ES, pls pls halalkan everything, and maafkan if in any case i ever wronged any of you. dan pls pls, sy org biasa, kadang2 ckp, tp diri sendiri tk buat, jd tolong doakann so that i will walk the talk. and kalau korg ada buat salah, but i dint tegur/nasihat, pls dkt akhirat nnt jgn buoy my scale up (baca: jgn tuntut + kurangkan timbangan amal saya yg tk seberapa). tsk.

2. di kesempatan ni, nak wish, all the best, everyone, fer the ES. jom usaha betul2 these 3 weeks, utk kesudahan yg baik. organize masa. kalau rasa byk sgt nak study, study je to the max tee-hee. (i know these are easier sed than done huhu). Nnt kalau tk sempat habis study jgn risau. sbb. tk semestinya kalau dah habis study --> dpt jawab. and. tk semestinya kalau tk habis study --> tk dpt jawab. nnt masa nak jawab, yakin dkt Allah, bkn yakin dkt usaha kte study tu tk kira la byk mana kte dah study. kalau dpt distinction pun, dr Dia, kalau dpt close to distinction pun, dr Dia, malah kalau dpt waaay far from distinction pun, juga Dia. sbb tu Dia pandang usaha, bukan hasil. ouh perna dgr gak, org yg beriman tu tinggi dr yg lain. tk kira la amalan, akademik etc. hence excellence (in terms of usaha) should be the aim.

okay byk plk bebel. just my two cents.

3. di samping itu, nak share a topic. tajuk ni khairul baru share dkt surau baru-baru ni. she referred to a book by Nik Aziz, Saksi di Akhirat (kot) tajuknya. agak terpukul dgn apa yg disampaikan.

4. diambil dan tampal dari sini.

TOPIC 7 : BUMI DAN HARI MENJADI SAKSI

IMAM at-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasullulah SAW telah membaca firman Allah SWT:

“ Pada hari ini (Hari Kiamat) bumi menceritakan beritanya.”

(Az-Zalzalah :4)


Selepas membacakan ayat tersebut ,lalu Nabi SAW bertanya kepada para sahabat: “Tahukah kamu apakah perkhabaran yang diceritakan oleh bumi itu?” Jawab para sahabat: “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya.” Berkata Rasulullah SAW : “Yang dimaksudkan bumi menceritakan beritanya,iaitu bumi akan bersaksi terhadap apa-apa yang telah dilakukan oleh manusia di muka bumi.Kata bumi, “bahawa si polan itu telah melakukan sesuatu dibelakangku.”(Hadis ini adalah hadis hasan lagi sahih.)


Ketika manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak,Allah SWT telah menyediakan saksi-saksi yang bakal menceritakan segala amal manusia.Bumi akan menjadi saksi dan menceritakan apa-apa jua yang telah dilakukan oleh manusia di dunia dahulu.


Meskipun Allah Taala telah menghantar malaikat untuk mencatat segala amal baik dan amal buruk secara terperinci,rekod peribadi manusia yang disediakan oleh malaikat itu sudah cukup lengkap bagi membuktikan seseorang itu mempunyai amal soleh atau sebaliknya.Walau bagaimanapun Allah SWT tetap mendatangkan saksi-saksi bagi melengkapkan sesuatu pertuduhan terhadap hamba-Nya di mahkamah Akhirat itu.


Dalam beberapa siri terdahulu sudah dijelaskan bahawa saksi-saksi bagi manusia di Akhirat berdasarkan nas al-Quran dan juga hadis terdiri daripada anggota tubuh manusia sendiri,yang bercakap benar di mahkamah Allah SWT.Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi itu,maka bertambah satu lagi saksi untuk manusia ,iaitu bumi.


Bumi adalah tempat manusia bergelanggang dan umpama pentas untuk melakonkan pelbagai watak baik atau jahat.Bumi hanyalah makhluk beku yang tidak pernah membantah apa-apa jua yang dilakukan oleh manusia terhadapnya.Akan tetapi di Akhirat kelak,bumi diberikan keupayaan untuk bertutur dan menjadi saksi bagi manusia dan segala gelagat mereka.Semestinya mudah bagi bumi untuk melaporkan apa-apa yang telah disaksikannya itu kepada Allah SWT di Akhirat kelak.


Abu Na’im meriwayatkan sebuah hadis melalui Ma’qal bin Yasar,katanya,bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu hari yang mendatangi keturunan Adam,kecuali hari itu memanggil: “Wahai keturunan Adam ,sesungguhnya aku adalah hari yang baru.Aku dikirim oleh Allah SWT untuk melihat apa yang kamu kerjakan dan akan menjadi saksi kamu di Akhirat.”


Hadis riwayat Abu Na’im ini menambah satu lagi saksi bagi manusia di Akhirat .Kali ini “hari” yang didatangkan oleh Allah SWT sebagai saksi kepada manusia.Sebagaimana hari-hari yang silih berganti,maka pergantiannya itu menunjukkan bahawa “hari” sentiasa baru.Hari yang sedang berjalan sekarang walaupun lanjutan daripada hari-hari yang lepas bukanlah semalam yang sudah berlalu itu.


Terbitnya fajar pada waktu subuh bererti satu hari baru mendatangi manusia.Sebanyak jumlah hari yang telah dilalui sepanjang umur manusia,maka sebanyak itulah jumlah saksi yang dinamakan “hari” akan menjadi saksi bagi mereka.

Apapun yang akan dijelaskan oleh hari-hari yang menjadi saksi,merupakan tambahan kepada saksi-saksi yang lain,yang terdiri daripada anggota tubuh manusia dan juga bumi.Dengan jumlah saksi di Akhirat yang begitu banyak,maka tiada manusia yang tidak akan berpuas hati dengan keputusan mahkamah Akhirat.


Ahli Neraka berpuas hati dengan peranan saksi-saksi itu kerana mereka tidak teraniaya lantaran semua saksi telah berkata benar.Mereka bersaksi atas perintah Allah SWT dan dengan itu manusia tidak sedikitpun akan berasa teraniaya walaupun mereka terpaksa menerima natijah daripada saksi-saksi yang benar itu untuk menjadi ahli Neraka.


Ahli Syurga sudah tentu lebih berpuas hati dengan peranan saksi-saksi tersebut kerana dengan kejujuran para saksi itu,mereka dapat keadilan yang secukupnya dari Allah S.W.T.


Dalam hadis Abu Na’im itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa ‘hari’ telah memberikan beberapa nasihat kepada manusia dengan katanya: “Hendaklah kamu wahai manusia pada setiap hari (atau malam) sentiasa melakukan kebajikan atau kebaikan supaya aku dapat menjadi saksi untukmu di Akhirat kelak. Buat baiklah ketika aku (hari) bersamamu kerana apabila aku beredar meninggalkan kamu, maka kamu tidak akan menemuiku lagi. Adapun hari yang dating berikutnya bukanlah aku lagi, ia adalah hari baru yang lain pula”.


‘Hari’ adalah makhluk Allah SWT yang sentiasa mengingatkan manusia supaya melakukan kebaikan sebagaimana yang dikehendakiNya. Seruannya itu sudah pasti tidak akan didengar oleh telinga manusia, tetapi melalui hadis SAW itu, setiap mukmin yang sentiasa mengambil tahu ajaran Nabi SAW khususnya mengenai Hari Akhirat, akan bertemu juga dengan perkara tersebut.

Dengan pengetahuan itu, bererti orang mukmin mendengar seruan “hari” itu melalui sabda Rasul SAW. Pengajaran yang terkandung dalam sabda yang menceritakan nasihat “hari” yang mengajak manusia supaya melakukan kebaikan adalah bertepatan dengan perintah agama supaya manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan keburukan.


Justeru, seruan itu sewajarnya menambahkan keyakinan orang yang beriman supaya kebaikan itu dilaksanakan pada setiap waktu, sementara “hari” (siang dan malam) akan menjadi saksi di Akhirat di samping saksi-saksi lain yang telah dinyatakan di atas.


Oleh sebab terlalu banyak yang akan menjadi saksi selain Allah SWT dan para malaikatNya yang ditugaskan untuk mencatat amal manusia, maka natijahnya tidak lain bahawa orang mukmin perlu meningkatkan keikhlasan mereka ketika beramal. Kebaikan yang dilakukan tidak perlu diperagakan atau dipamerkan kepada manusia kerana sudah terlalu banyak saksi yang akan membuktikannya di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak.


Ibnu Al-Mubarak meriwayatkan sebuah hadis daripada Abdulullah bin Amru bin al-‘Ash, katanya, Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa yang sujud (solat) di bawah pokok atau di sisi batu, nescaya pokok dan batu itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari Kiamat”.


Begitulah kehidupan insan di muka bumi ini sungguh indah, hampir setiap apa sahaja akan menjadi saksi kepada manusia di Akhirat, saling menawarkan diri untuk menjadi saksi yang jujur di hadapan Allah SWT.


Hadis riwayat Ibnu Al-Mubarak menyebut tentang solat yang didirikan oleh orang mukmin sama ada di bawah rimbunan pohon atau di sisi batu, malah di pantai, di sawah ladang, di tebing sungai, malah di mana-mana saja, maka seluruh makhluk, sama ada yang bernama pokok, batu, lumpur, pasir dan apa-apa juapun, kesemuanya akan tampil menjadi saksi di Akhirat kelak.


Saksi-saksi yang jujur akan menggembirakan orang yang kehidupannya dihiasi kebaikan, tetapi akan menjadi sebaliknya kepada mereka yang kehidupannya dipenuhi kejahatan dan dosa.

.

show_faces='false'/>

0 Comments:

Post a Comment