19 July 2009

Up-Date hari AL-Quds

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari Program adalah 14 Ogos 2009, Hari Jumaat.
Bertempat di Foyer Sains dan Teknologi.

Pagi-pagi pelajar tahun 2 akan jaga gerai dan spot program dari jam 8pg - 10 pg (tak silap)
Kemudian ada sesi SGS tapi hanya separuh saja terlibat, separuh lagi boleh terus jaga program.
Kemudian pelajar perubatan tahun pertama akan jaga pula.
Bergilir-gilir.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang dirancang sebelum ni.
Cuma jualan dan kutipan derma akan dimulakan awal daripada 14 Ogos 2009.
Ada aktiviti 'wall climbing' simbolik kepada menentang tembok yang dibina di Palestine yang memisahkan mereka dari dunia luar.
Aktiviti paintball mungkin tiada kerana tidak mahu terlalu berat.
(perubahan akan dimaklumkan kemudian)

Senarai barang jualan akan dicomfirmkan balik dengan Luqman, Ketua Biro Jualan kita.
Promosi akan dijalankan secara besar-besaran.
Poster akan ditampal merata-rata tempat dan Flyers akan diedarkan di DC (peak hour).

Ada cadangan untuk gabungkan aktiviti Hari Al-Quds dengan Medik Team anjuran Kolej Delima. Kebetulan tarikh dua program ini sangat dekat, 15 Ogos 2009 untuk Medik Team.
Jadi kenapa tak nak satukan promosi untuk dua-dua program ini.
Kedua-duanya dianjurkan oleh pelajar perubatan dan kedua-duanya agak besar.
Memerlukan kekuatan Muslimin dan Muslimat.

Saya dapat Idea ini sebab lihat program pelajar perubatan dari UM yang menganjurkan EPISMA. Dimana Program Palestine 'Air Mata Gaza' dijalankan serentak dengan Pemeriksaan Kesihatan dan Bengkel Feqah Perubatan mereka dan banyak lagi aktviti lain.
Tapi kekuatan mereka ramai, dan ada gabungan daripada Fakulti lain.

Terbaru semasa menghadiri program di UKM, Penyakit stigmatisme. Juga menggabungkan program Stigmatisme dan pemeriksaan kesihatan.
Cuma pemeriksaan kesihatannya tidak terlalu berat dan hanya sedikit kaunter yang dibuka.
Saya akan terangkan dengan lebih dalam mengenai Medik Team di Blog saya pada entry akan datang insyaAllah.

Bagi pelajar Perubtan di UiTM hanya ada Dentistry dan Pelajar Perubatan hanya tahun 2 dan 1 sahaja.
Farmasi sudah pindah ke Puncak Alam manakala Fakulti Kesihatan yang lain di Jalan Othman.
Jadi Hari AL-Quds dapat dipanjangkan ke hari sabtu, waktu program Medik Team.
Tapi aktivit AL-Quds diberatkan pada hari Jumaat dan malamnya. Sabtu hanya jualan dan kutipan derma (ikut perancangan awal).
Manakala Pada hari Jumaat akan diadakan sedikit pameran dan pemeriksaan kesihatan kepada peserta yang hadir ke program Al-Quds.

Tujuan adalah untuk menarik lebih ramai peserta dari seluruh UiTM dan sekali gus memberi kesedaran akan apa itu hari AL-Quds pada 21 Ogos 2009.

Saya harap semua AJK perlaksana akan bersungguh-sunguh menjayakan program ini.
Janganlah anda lihat kepada hasil tetapi usaha kitabersama-sama.
Kami yang merancang program ini minta maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Dengan masa yang suntuk kerana Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi.

Wallahualam,
show_faces='false'/>

0 Comments:

Post a Comment