27 May 2009

Jawatan penting untuk dimiliki

Bismillahitaa'la

Bidang penulisan sememangnye terkenal sbg salah satu cabang ilmu. Melihat kepada fakta yg demikian (dan juga perkembangan blog semasa), EMI dari sayap redaksi As-Syifa' buat julung kalinya merancang utk mengadakan seminar penulisan yg bertajuk ( Penulisan dan Dakwah)

Program ini bertujuan utk memberikan mendedahan kpd ahli EMI khasnya dan warga UiTM secara umumnya tentang kepentingan bidang penulisan dlm menympaikan dakwah.

Ianya juga bertujuan utk memperkenalkan teknik2 penulisan yg effective dlm menarik minat pembaca kpd peserta.

Tarikh yg di cadangkan ialah pada 10/10/09

Jawatan utk disandang

1. Setiausaha
2. Naib Setiausaha
3. Bendahari

Biro2
1.Promosi & Publisiti
2.Tmpt & Pendaftaran
3.Makanan
4.Logistik(Pengangkutan)
5.Protokol & Sambutan
6.Cenderahati
7.Tugas2 khas
8.Perhubungan
9.Biro program

ps:
Program ini masih diperingkat perancgan. Perubahan mungkin akan berlaku mengikut keadaan semasa. rakan2 sekalian juga dijemput utk menyampaikan comment ke atas perkara di atas.

W,slm

Dari AsSyifa' (Syaaban 1429H/Ogos 2008)

Selayang Pandang


“Saya belajar medik ni sebab nak tolong orang..”

“Mak ayah teringin nak tengok saya jadi doktor,saya nak tunaikan harapan mak dan ayah..”

“Kenapa ambil medik? Mestilah sebab saya minat! Sejak dari kecil lagi saya berangan-angan nak jadi doktor..!”

Jawapan-jawapan inilah yang biasa kita dengar di antara sahabat-sahabat kita apabila diajukan soalan tentang tujuan memilih bidang perubatan.Mungkin salah satu daripadanya adalah jawapan kita sendiri! Malah,ada juga suara-suara ‘nakal’ yang memberi jawapan yang yang tak keterlaluan dikatakan boleh ‘membinasakan masa depan’

“Aku bukan nak sangat medik ni,tapi sebab dah dapat,masuk je la.”

“Jadi doktor ni famous.Boleh buat duit bila dah jadi specialist.

“Boleh cari partner doctor..hehe..”

Dan apabila kita telah terjun dalam medan ilmu untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah,jawapan dan matlamat berlainan pula diberikan sebagai penanda aras mengukur kejayaan kita.

“Tahun ni aku bertekad nak dapat distinction supaya keluarga aku bangga dengan kejayaan aku..”

“Aku nak usaha sungguh-sungguh supaya dapat jadi doktor yang bagus bila dah habis belajar nanti..”

Sedar atau tidak,kita sering tersasar mengukur sesuatu kejayaan dengan redhanya manusia berbanding mencari ‘tuan empunya’ redha yang sebenar.

Dek kerana sanjungan manusia, segala penat lelah bersengkang mata menatap buku-buku tebal,berkorban masa menyiapkan tugasan-tugasan,dan menahan sakit kepalanya semasa menadah ilmu,segala-galanya menjadi sia-sia!!

Bayangkan kita menyiapkan satu tugasan bertulis untuk dihantar kepada
pensyarah dengan membuat rujukan menggunakan berpuluh-puluh buku, terpaksa berjaga lewat malam menaip hingga lenguh-lenguh seluruh badan, berpeluh-peluh turun ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian, ditambah pula dengan kerenah rakan-rakan serta masyarakat sekeliling.Kita sangkakan tugasan yang dilakukan adalah yang terbaik.Sampai masanya, bakul sampah menjadi destinasi akhir tugasan bertulis kita lantaran tidak diterima oleh pensyarah,dengan alasan tidak menepati objektif dan matlamat tugasan yang diberi!

Begitulah perumpaan keadaan kita..Semua kerja keras yang dilakukan menjadi bukti usaha sia-sia lantaran kita tidak menyandarkan segalanya kepada Allah dan kerana Allah!Hal yang sama diaplikasikan dalam segala bentuk kerja yang dilakukan samada dalam berpersatuan mahupun aktiviti seharian kita…

Sesungguhnya Allah murka terhadap hambanya yang
meletakkan sesuatu bukan untuk mencari redhaNya seperti yang dimuatkan di dalam kitab
Ayyuhal Walad karangan Imam As-Syafie:

“Wahai hambaKu!Kenapa engkau sentiasa sepanjang

tahun memerhatikan kebersihan tempat pandangan

manusia terhadap dirimu,tapi tidak pernah engkau peduli akan tepat

pandanganKu walaupun hanya satu saat.”

updates.

(as of 030609 ; 9 Jamadil Akhir 1430H ; 13:52)

Bismillah.

Minggu Memperingati Hari Al-Quds.

DO YOU WANT TO BE PART OF THE DREAMMM?
do you want to be part of the Al-Quds Brigades?

again, sila baca previous posts utk elak kekeliruan. dan, semoga diberkati. (;


setelah berbincang dgn abg fazwan aka tuan pengarah projek ni. beliau berkata:

setiap biro akan terdiri dr dua ketua.
1. penasihat drpd exco modal insan sendiri
2. ketua biro yg bukan exco modal insan


segala pandangan, comment, kritikan membina, luahan pendapat, pihak penaja sgt optimistik dlm keterbukaan ini. nasihat itu best! heehe. juga, terima kasih atas keprihatinan korg. we're one in this issue! =D


lagi updates:
1. luqman - nak jadi biro jualan. dia byk idea. heehee. (ketua biro)
2. jiji - nak jadi biro photography! (dgn semangatnya) (ketua biro)
3. bella - biro makanan mlm kemuncak. (ketua biro)
minggu alquds tu - bella - biro tempat dan lokasi (ketua biro)
4. athirah - ketua program.
5. dibah - setiausaha.
6. hafiz - biro tarbiyah
(penasihat biro)
biro ceramah (penasihat biro)
7. pem -
ketua program II.
8. jani - bendahari.
9. kinah - biro pameran (ajk)
kinah - biro sambutan & pendaftaran (penasihat biro)
10. adam - dia nak dgn luqman. hehhe. (ajk)
11. nazeera - nak biro jualan. kira, dia sekali dgn luqman dgn adam(ajk)
12. saibah - biro tugas-tugas khas (penasihat biro)
13. atirah salaudin - biro pameran
(penasihat biro)
14. aleen - biro atucara utk mlm kemuncak (ketua biro)
15. ieja - biro publisiti dan multimedia (ketua biro)
16. aina - biro
publisiti dan multimedia
17. faez aka panjang - biro jualan aka biro business (ajk)
18. jiah - biro tugas-tugas khas (ketua biro)
19. nadz - biro pameran - (ketua biro)
20. aizzat - sponsor dan derma (penasihat biro)
21. aisyah - biro sambutan & pendaftaran (ketua biro)
22. ali - biro sukan/aktiviti
(penasihat biro)
23. qhas - biro pameran - (ajk)
24: kina bohari - biro photography
(ajk)
25: adilah - biro photography (ajk)
26: nura - biro makanan (ajk)
27. ulil - biro tempat (ajk)
28. sumayyah - biro tugas-tugas khas (ajk)
29. izzah - biro jualan (penasihat biro)

neway, nnt recruit geng lagi eh korg? thx.
the key is : _______
(isi tempat kosong, jawapan ada di previous entry. ngee)

Assignments
PS; kpd semua committee members, nak kasi assignmnents ni. heehee.

1. tlg baca entry yg berlabel "
alquds" min awwal ilal akhir. from the v/ first letter to the v/ last full stop.
sbb agak ramai yg kantoi tny stuffs yg dah tertulis dkt blog ni. hehhe. still, i don't mind people asking, really. tp takut u guys missed out important points. in fact, semuanya penting, or it wouldn't be included. so, allocate some time and do read, do read, will ya? perlu ada moment yg sesuai juga utk bacaaa. the youtube pun, give it a listen la eh? ;D

2. dan, new recruitments sgt diperlukan . n thanks.




*tumpuan skrg/main priorities:
1. hebahkan dkt budak medic dlm masa terdekat. penting2222. sokongan batch sgt pentinggg. jawatan kosong perlu diisi asap. setiausaha, bendahari, dan semua ketua biro, pls pls pls, rebut jawatan ini. =P
2. listkan ape yg kte blh buat dlm waktu cuti ni. ie. contact citu, fac, aman palestin, saba media, n semua sumberr lain, dptkan proposal dan bajet.
3. hamdan lillah, prof hamim setuju jadi penasihat program ni. maka, proposal kalau dah siap, blh hantar n mintak kelulusan fac. dah blh tny citu, n tny2 dulu mana2 tempat nak mintak sponsor




*sokongan, panduan, galakan, doa, amat diperlukan.
regards. (:



.

26 May 2009

jawatan kosong tk bergaji. tp ganjarannya tk ternilai, ayuh rebut peluang ni =P

Bismillah.
Minggu Memperingati Hari Al-Quds.

just in case ada sesape yg confused/clueless/blur, pls read my previous post first




Biro-biro terbahagi kepada 2 ; Satu, utk sepanjang minggu memperingati hari al-quds & lagi satu, utk malam kemuncak. Hoho

1. 1. Biro Tarbiyah

- - Kena sentiasa igtkan AJK-AJK psl niat, etcetc

- Penting utk intention-check so that committee semua tk terlalu focus pada perancangan, tp kena sentiasa igt objective jugaaa.

- - Setiap kali meeting wajib ada pengisian walaupun 2min!

- - Cari artikel untuk print out / hebah dkt blog

- quiz

2. 2. Biro Tempat dan Lokasi

- - Kena sediakan tempat utk pameran etc

- - Tempat utk malam kemuncak

3. 3. Biro Multimedia dan Publisiti

- - Kena promote dkt the whole faculty: Year 1 & Year 2 termasuk yg dkt selayang. And the whole UiTM if possible ;D

- - Flyers, blog etcetc

- Buat cd(goodie) utk peserta.

5. 4. Biro Sponsor dan Derma

- Dapatkan sponsorship tk kira dlm bentuk apa: cash, makanan, bahan-bahan atau peralatan, cd, risalah etcetc

- Derma ni kena start awal, mintak la dkt bebudak medic ke, lecturers ke, parents ke; satu, utk jayakan minggu remembrance of al-quds ni, and, utk hantar ke palestine jugaaa

- Kena work w/ bendahari jugaaa

- Must be creative! Supaya berjaya ajak org infak kan harta dorg ke jalan Allah =P

6. 5. Biro Logistik

- Yg ni – kena work with biro pameran – in case dorg perlukan apape

- Eg: Photobooth perlukan apape, nnt dorg akan mintak dkt biro ni.

- Kena org yg ada transport. Heehe.

- Boleh kerja sekali dgn biro tugas-tugas khas.

- teknikal pun biro ni jugak yg handle.

7. 6. Biro Pameran

- Sepanjang satu minggu tu, kena jaga pameran. Mungkin memerlukan anak buah yg ramai, so blh tukar2 shift waktu menjaga booth. Chewah.

- Kena kerja dgn semua birooo.

- Dorg ni jugak yg akan in charge pertandingan melukis poster.

- quiz

- kerja sama-sama dgn biro jualan

8. 7. Biro Jualan

- Cupcakes/Muffin - find sponsors/dptkan discount serendah mungking/buat sendiri. lol.

- Buku-buku palestin – blh dpt from JIM, Aman Palestin etcetc

- T-shirt palestin - luqman kata blh dpt from islamic brotherhood arts

- Shawl/Mafla

9. 8. Biro Photography

- Kena jaga photobooth

- And take pictures! Yeay to camwhoring! =P

109. Biro Sukan/Aktiviti

- Darts

- Paintball target shooting

- Mobile wall-climbing

- tayangan

- kena dptkan sponsor byk2222

11.10. Biro Tugas-tugas Khas

- Buat la apa yg patut

- Eg: headbands, bahan pameran, etcetc

- Ikut ckp ketua program :P

*akan diubah mengikut kesesuaian dan pendapat org ramai

AJK-AJK utk malam kemuncak (yg tk tersenarai dlm list atas ni):

1. 1. Biro Atucara

2. 2. Biro Makanan

4. 3. Biro Sambutan & Pendaftaran

5. 4. Biro Ceramah - cari penceramah aman palestin/hizbut tahrir/apapa je/pergi tny pak arab warganegara palestin dkt UIA pun boleh, hoho.

6. 5. Biro Persembahan/Pertandingan Konsert

Erm, mungkin dlm kita merancang-merancang ni, ada yg tk dpt dijadikan kenyataan. Tp tkpe222, kita simpan and compile idea-idea semuanya, sediakan tapak utk generasi akan datang, iA. Utk sape2 yg bakal jadi ketua-ketua, the key is, “Jgn Kerja Sorang-sorang”. Semua org must be creative. Be dedicated, put yr best effort, dan yg paling penting sincerely doing it for HIM.

Kepada semua, semua, semua budak medic UiTM yg mendaftar di bawah fakulti perubatan medic uitm yg berminat, sila cepat cop jawatan ape yg korg nak isi.

Selamat beramal semua. Semoga sentiasa berada dlm dakapan-Nya. Ngee.

.


Al-Quds Brigades? =D.

dgn nama Allah, Tuhan yg Maha Pelembut
21 Ogos. Ada apa dgn 21 Ogos? Merdeka bukan ke 31 Ogos? Yep, betulll, mmg Malaysia merdeka 31hb. To be precise, Persekutuan Tanah Melayu. Tapi tahukah kita apa yg legend sgt psl 21 Ogos ni, sampai OIC pun ditubuhkan? Tataula korg tau ke tk psl hari ni, sbb sy sendiri first dgr masa sekolah dkt Taiping dulu, before that, tatau langsung. Memandangkan blog ni bkn bebudak emi je yg baca, rasa-rasanya org-org yg mcm sy ni, ramai kot yg tatau. Tp kalau ramai yg tatau, apa tugas org yg dah tau? and apa pula tugas org yg tatau tu?
Read this – <click> and this – <click> or this – <click>

Sy telah berbincang dgn seorang kwn yg mmg biasa organize Hari Memperingati Al-Quds dari sekolah sampai universiti, then dapatla picture mcm mana dorang pny remembrance tu. Sgt mantap, seriously. Timbul la angan-angan nak jayakan dkt fac kte plk. N setelah berbincang bebudak emi, maka bersepakatlah kami utk buat benda ni dkt fac nnt iA. Probably, akan dibuat selama satu minggu sebelum 210809. Yg 210809 tu hari kemuncak la. Dan coincide ramadhan tahun ni falls on the 22nd of August, elok sgttt, satu hari je lepas hari al quds tu. So neways, here goes the draft:
1. 1. 1. Pertandingan melukis poster – yg ni kena announce awal. Agak-agak one week before 210809 tu, kita dah boleh tampal poster-poster ni. Barula ada “feel” Hari Al-Quds tu.

2. 2. 2. Jual cupcakes dlm minggu tu – maybe boleh lukis corak yg mcm bendera palestine ke apapa dkt atas cupcakes tu. N kalau nak buat muffin, dkt atas muffin tu kte cucuk bendera palestin kecik – cupcake/muffin for palestine namanya :D.


3. 3. 3. Buat pameran selama seminggu. Antara booth yg ada – main darts. Sesape nak main darts, kena bayar. Dorg blh baling dart tu dkt muka pemimpin-pemimpin israel laknatullah tu. Heehe. Baling sampah pun boleh kot.


4. 4. 4. Lagi booth – booth jualan – jual buku (kena contact aman palestin), mafla, shawl, headbands palestin etcetc

5. 5. 5. Photobooth – something like this

or like this



or this


6. 6. 6. Konsert – buat pertandingan nyanyi ke apa2 ke – then audience blh vote utk org/group yg dia suka. Tp nak vote tu, kenala ada fulus. Heehe, so participant yg dpt kumpul duit plg byk, dia menang. Cuma, duit dia tk dptla. =P

7. 7. 7. Pastu tampal board dkt pantry yg mcm seniors buat masa gaza haritu. So students blh leave notes, kutuk n express kemenyampahan dkt zionist.

8. 8. 8. Kalau dpt sponsor – kte buat paintball target shooting – then dkt tempat paintball tu kte hias la ala2 tgh perang. Heehe.



9. 9. 9. lagi satu kalau dpt sponsor – kte buat mobile wall climbing – nama wall tu – climb towards jihad. Heehe.

10. 10. 10. Lagi yg tk boleh dilupakan – ceramah – klu dapat, panggil pn hjh hashimah yg dtg fac kte utk malam palestin haritu

11. 11. 11. Spread articles pasal boycott, hari al quds, etcetc (mcm selalu).

12. 12. 12. Quiz - lepas kte edarkan article, kte kasi dorg homework - baca article smpi habis - nnt ada quiz - sape jawab betul - dpt sebiji cupcake for palestine dgn percuma!

12. 13. 13. Last but not least, kte buat blog for al quds day! Mcm hari nakbah baru ni... Boleh tahan ramai gak org yg ada blogs, tulis pasal hari nakbah.

For now, tu antara cdgn2 nye. Semua dana yg kte kumpul tu kte hantar dkt palestin. Huhu. Meletakkan sy di tempat org lain, sy rasa, mmg ramai org yg concerned psl issue ni. Tp tula, mungkin semua org pk, tade channel nak contribute. Maka, sy rasa, keterbukaan dlm menjayakan hari al quds ni penting. Klu boleh nak buat se-grand Gala nite baru ni. As in, semua students, pilih sendiri biro mana yg dia nak masuk. Semua, semua, tk kira ahli EMI ke bukan, same2 put their heart in, sincerely doing it for Him and be dedicated utk jayakan minggu al quds ni. In a way, dpt la contribute utk palestine jugak kan. Bagi channel utk semua org rasa n kumpul pahala tu same-same inshaAllah. Tp yg penting, kena focus pd objective kte. And igt, niat tk menghalalkan cara. So, perlaksanaan tu kena betul yea. Hehhe. So, sape2 ada idea dipersilakan comment/shout. Barakallah feekum =)
PS; cadangan2 dkt atas ni tade copyright. Kalau ada college mana2 tgh baca ke, terasa nak tiru, boleh aje, mmg elok sgt tu nak initiate remembrance of al quds day ni dkt tempat masing2.


vid: utk mengetuk kepala semua, sila dgr sampai habis (less than 9 mins ) :)

Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ”
(Al-Baqarah: 30)
***
InshaAllah the victory of the ummah is around the corner, don't worry abt that. but what we need to worry abt is whether or not we're the ones Allah chooses to make it happen, n whether or not we're going to have a share in the hasanat. OR we're going to be like the MUNAFIQEEN, who run away n do not want to sacrifice for Allah? brothers and sisters inshaAllah, we need to rise UP.


.

25 May 2009

Niat dan tujuan

Assalamua'laikum,

Alhamdulillah, dengan tertubuhnya blog ini, satu lagi langkah yang berjaya diambil oleh Exco Modal Insan, MESTA UiTM.

Untuk pengetahuan pembaca selain pelajar perubatan UiTM, Exco Modal Insan Merupakan salah satu Exco yang terdapat dalam Medical Student Association (MESTA) daripada 7 Exco lain

Exco Diplomatik, Exco Aakademik, Exco Hal Ehwal Dalaman, Exco Tudag-tugas Khas, Exco Pengangkutan,

Exco Penerbitan dan Promosi dan Exco Keusahawanan.

Bukanlah tujuan post pertama saya ini untuk menyingkap sejarah Exco Modal Insan (EMI) ini sendiri, dan saya tak layak pun. Saya bukanlah orang yang terdiri daripada pucuk pimpinan tertinggi EMI sendiri yang sangat jelas akan tujuan EMI ini diperjuangkan di fakulti perubatan UiTM. Tapi saya ingin berkongsi tentang setakat apa yang saya faham tentang EMI ini.

Exco Modal Insan lebih kurang sebagai satu gerakkan Islam untuk menyambung dan menyampaikan dakwah yang diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Niat kami adalah kerana Allah.

Hasil pertanyaan saya kepada ahli EMI sendiri, akan sebab kenapa mereka menyertai EMI, kebanyakkan ahli EMI mengatakan adalah kerana untuk mentarbiyah diri sendiri disamping mentarbiah rakan-rakan pelajar perubatan di UiTM Shah Alam.

Antara tujuan lain kami adalah melahirkan generasi doktor yang bertaqwa dan diredhai Allah. Menyedari akan masa depan kami yang sentiasa bersama pesakit yang terdiri daripada pelbagai jenis manusia dan mempunyai banyak kerenah, kami ingin memastikan pelajar perubatan UiTM sendiri faham akan asas-asas hukum Feqah di dalam perubatan. Hal ini bertujuan pelajar yang bakal menjadi doktor yang cemerlang ini (inshaAllah), tidak akan lagi meragui sesuatu hukum tentang perubatan di dalam Islam.

Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan(sahaja) mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yg berdusta
(al-ankabut 2-3)

Kami juga sedar betapa besarnya peluang kami untuk berdakwah dan mentarbiayah pesakit, rakan-rakan doktor di sekeliling kami kelak. Jadi, EMI ingin menjadi sebuah persatuan kecil yang dapat membaja semangat cintakan Islam, dan ilmu-ilmu Islam kepada pelajar-pelajar perubatan UiTM.

Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.
Tapi aku ingin hati-hati yang Ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bagunan yang tersergam indah.
(Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin As-Syahid Al Imam Hassan Al-Banna)

Sekian saja secara ringkas yang saya dapat coretkan disini.
Segala salah dan silap, harap dapat tunjuk ajar daripada mereka yang lebih ariff dan faham akan tujuan EMI ini ditubuhkan.

Wallahualam bissawab.