Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Rujukan: - Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w
Cinta..
saban hari kita tidak lekang daripada perkataan CINTA itu.
Apa maksud cinta?
Setiap
dari kita mempunyai pendapat dan pemahaman masing-masing berkaitan cinta. Cinta
itu luas maksudnya dan cinta itu fitrah manusia. Perasaan yang Allah kurniakan
kepada manusia. Cinta boleh membawa seseorang itu ke arah kebaikan atau
keburukan. Kita sebagai manusia, iaitu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah yang
di kurniakan akal fikiran harus lah bijak memilih. Kerana kehidupan itu sendiri
satu pilihan. Kita ingin memilih kehidupan yang mementingkan duniawi
semata-mata atau kehidupan yang dimatlamatkan untuk ukhrawi?? Tepuk dada, tanya iman masing-masing ;)
"Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda : "Dunia ini
ibarat penjara bagi orang Mukmin dan Jannah bagi Orang Kafir". [Hadis
Riwayat Muslim]
Dunia
adalah sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam, di mana kelak, akhirat adalah
tempat untuk menuai. Maka, kalau bagus benih yang kita tanam, mesti lah
hasilnya pun bagus kan? Semakin banyak amalan-amalan mahmudah kita amalkan,
maka banyak lah ganjaran nya kelak..inshaAllah.. Segala amalan yang kita
lakukan mestilah niat kerana Allah dan berlandaskan Al-Qur’an dan as-sunnah.
Contoh teladan terbaik
Rasulullah
SAW adalah manusia sempurna, sebaik-baik manusia dan idola kita sebagai umat
Islam. Baginda dilahirkan pada Tahun
Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah
dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah. Namun
demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana
Allah SWT telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan
memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan dalam Al-Qur’an
dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, Baginda
telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 haribulan Rabi’ul Awal.
Baginda
ialah contoh teladan yang terbaik, sebagaimana riwayat hadis Tirmizi: J.9. H 236. Kitabul-Munaqib:
Bahawa Baginda SAW berdiri di atas minbar lantas berkata:
“Siapakah saya ini?”, Para sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat ke
atas engkau.” Ujar Baginda lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul
Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluq (manusia), kemudian Ia
jadikan mereka dua golongan, maka ia jadikan saya dalam golongan mereka yang
paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa qabilah, maka Ia jadikan
beberapa rumah (rumahtangga) maka Ia jadikan saya yang paling baik di antara
mereka”.
Jaga sunnah Baginda
Daripada
celik mata di awal pagi, hingga la kita menutup mata di malam hari; segala nya
adalah ibadah jika niat kan kerana Allah dan mengikut syariatNya. Maka, hendaknya
kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w
itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada
orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia
akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana
dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
"Cerdasnya
orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang
sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk
Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita
jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan
mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita
dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah
kematian dengan penuh ketakwaan.
TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA
Berbalik
kepada tajuk utama..cinta..
Cinta
kepada manusia itu indah. Tapi, sesungguhnya cinta kan Allah dan Rasul lebih indah.
Cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai
peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:
1. Cinta kepada Allah
Inilah
cinta yang tertinggi dalam Islam. Tanpa Allah, siapalah kita. Segala nikmat yang
Allah kurniakan pada kita, maka selayaknya cinta yang utama hanyalah pada Allah
s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara
manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu
(Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka
mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada
Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)
2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para
Anbia´
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka
diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke
arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi satu kewajipan kepada
setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada
Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kita juga
adalah penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim, ada disebut:
“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi
s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan
perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai
Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya
kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah
menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam neraka.”
(Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no.
2548, Nasaie: no. 4901)
3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan cinta ini adalah merupakan tunggak
utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan supaya kita mencintai ibu bapa, keluarga, dan
kenalan. Cinta antara suami dan isteri. Cinta sesama mukmin juga sebagai syarat
kepada sebuah jemaah itu untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW demi
menegakkan agama Islam. Maksud firman Allah SWT:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah;
dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap
orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)
Kesimpulan
Betapa,
kita sering menyatakan bahawa kita sayangkan Allah. Sayang kan Rasulullah.
Sayangkan Islam. Tapi, apa buktinya?
Ayuh..
Buktikan sekarang. Taat segala perintah Allah, dan tinggalkan segala larangan
nya. Hidup dengan cara Islam. Islam bukan hanya di masjid, di surau, atau di
tempat-tempat yang ada majlis agama, yang ada ustaz/ustazah. Tapi, Islam itu
syumul (menyeluruh). Islam itu lengkap dan sesuai untuk semua orang. Amalkan
lah gaya hidup Islam yang sebenar. Bukan Islam hanya pada keturunan, bukan
Islam hanya pada kad pengenalan. Tapi, jadilah umat Islam/ mukmin yang sejati.
Niat
kan kerana Allah, untuk mencapai redha nya. Berpandukan Al-Qur’an dan as-sunnah.
Rasulullah
SAW adalah contoh teladan yang terbaik. Baginda manusia yang sempurna. Baginda
ialah idola kita. Maulidur Rasul bukan hanya untuk disambut setiap tahun. Tapi,
semoga kita dapat mengamalkan segala sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita.
InshaAllah.
JOM. Mulakan dari saat ini ! ^_^
Wallahu a’lam..
p/s: Sekadar
renungan bersama. Diri yang menaip ini juga masih banyak kelemahan.
Sama-samalah kita ingat-mengingati ;)
-Fil Mardhatillah-
-Fil Mardhatillah-
Rujukan: - Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w
- Fiqh
Al-Sirah 1; Dewan Pustaka Fajar
-Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia