Wajib kaum muslimin semuanya ambil tahu apa yang berlaku di Syria. Ini episod ke 4 filem bertajuk 'Revolusi' yang sedang mengambil tempat di pawagam sejarah tamadun manusia.
Untuk memahami jalan cerita episod ke 4 ini, harus kita menonton kembali episod sebelumnya yang sudah pun di tayangkan sejak awal tahun lepas. Untuk makluman, idea untuk mencetuskan revolusi ini sudah lama bercambah dan membara di dalam hati bangsa arab yang satu ketika dahulu pernah menjadi bangsa termulia dalam sejarah tamadun umat manusia, sebelum ianya layu dan kendur selepas hilang idea jihad dari urusan harian mereka. Namun tiba tiba pemuda bernama Ahmad Bouazizi mengetuk kepala setiap anak muda dengan percikan api yang membakar tubuhnya, lantas menghidupkan nyalaan harapan reformasi yang semakin malap kerana sebelum ini, diktator seperti Mubarak dilihat sangat kebal seperti tembok Constantinople
Laksana meriam manjanik, kekuatan anak muda ini berjaya meleburkan terus keangkuhan diktator yang mengenepikan hak rakyatnya. Ledakan mereka ini umpama ribut terus menderu laju dan merebak arusnya ke serata tanah Arab.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Namun, sayang sekali, dalam pementasan 'Revolusi Arab Spring' yang sedang menjadi fenomena dan box office di kalangan warga, masih ada juga suara sumbang dari para penonton yang menontonnya secara percuma. Saya katakan mereka mendapat tiket percuma kerana mereka tidak mengeluarkan walau sesen pun, mahupun sesaat untuk memgorbanKan sedikit kesenangan dunia mereka untuk sama- sama menjadi sebahagian dari pementasan tersebut. Penonton yang mendapat tiket percuma ini hanya duduk melopong di kerusi masing-masing. Lebih tragis, ada yang tertidur terus! Kemudian tiba-tiba bangun mengigau dan meracau yang bukan-bukan.
Racauan mereka ini kadang kadang kalau sekali dengar bunyinya macam benar. Kadang - kadang macam khutbah jumaat pun ada.
Yang kasihannya pula, mereka tidak sedar yang racauan mereka itu sebenarnya adalah penghinaan.
Kata kata dan racauan mereka kedengaran seperti baik, namun maksud tersirat di dalamnya adalah satu penghinaan tanpa mereka sedari.
Apakah racauan yang menghina itu?
Kalau menghina, kepada siapakah penghinaan itu dituju?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya, keadaan kita di Malaysia ini memanglah berbeza dengan saudara-saudara kita di negara-negara yang sedang bergolak itu. Kita punya rasa simpati, dan hasrat yang membuak untuk bersama-sama mereka dalam perjuangan menghancurkan para penzalim yang durhaka pada Tuhannya.
Namun,seringkali kita bercakap dalam nada seolah-olah menyalahkan mereka, para pejuang, atas sebab kacau bilau yang berlaku.
“Alhamdulillah..Kita bersyukur kerana negara kita aman makmur, tidak seperti di Syria dan Palestin yang kacau bilau.”
Perhatikan ayat yang sering kita dengar atau baca ini. Ianya kelihatan seperti biasa. Nampak macam ayat tipikal rakyat Malaysia.
Mari kaji ayat di atas.
Apakah dia kacau bilau yang dimaksudkan? Sudah tentu ianya merujuk pada situasi tidak aman yang sedang berlaku di negara-negara terbabit.
Apakah punca ianya berlaku? Ia berlaku kerana adanya dua pihak yang sedang bertarung waktu ini. Rakyat yang mahukan keadilan, menentang penzalim yang mahu terus berkuasa berbuat sewenang wenangnya di muka bumi ini.
Siapakahyang memulakan revolusi yang dikatakan kacau bilau suasananya itu?
Sudah tentu rakyat di Syria sendiri, yang sudah lama membara api perubahan yang meronta-ronta ingin meledak selama ini, yang hanya terhambur keluar dan menjulang apinya bila ada pencetusnya iatu revolusi di negara-negara jiran.
Timbul satu persoalan di sini. Adakah ini bermakna bahawa rakyat yang sedang berperang dengan penguasa mereka itulah yang memulakan kacau bilau ini?
Saya berkata ya.
Adakah mereka sukakan suasana kacau bilau itu?
Sudah tentu tidak.
Namun, atas sebab apa mereka tetap meneruskan perjuangan mereka itu, walaupun mereka tahu yang ianya akan menyebabkan negara mereka mengalami pergolakan yang entah bila akan berakhir? Tidakkah sepatutnya mereka jangan terus melawan para penguasa terbabit, dan duduk diam-diam sahaja di rumah masing-masing?Bukankah itu lebih aman?
Manusia memang bencikan huru hara. Kita sentiasa mahukan suasana yang damai dan tenang sahaja tanpaada kacau bila dan pergolakan.
Dalam Al Baqarah, ayat 216, Allah SWT berfirman:
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dna boleh jadi kamu menyukai sesautu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Allah SWT Yang Maha Memahami tahu akan sifat dan perangai manusia yang tidak mahu hidup dalam keadaan bersusah payah. Dia Maha Tahu yang manusia mahu segalanya nampak indah dan enak-enak belaka.
Namun, Dia tetap mengarahkan manusia untuk mengorbankan kesedapan duduk dalam pelukan isteri di rumah, dan terjun ke kancah perang yang diselaputi debu-debu kaki kuda yang berterbangan. Kerana sunnatullah perobahan ialah pengorbanan.
Tiada perubahan akan terhasil tanpa pengorbanan. Tiada revolusi yang tercetus tanpa adanya korban.
Kerana itu rakyat diSyria, yang mulai menyedari hakikat bahawa selama ini keamanan yang mereka perolehi bukanlah keaman yang sebenar, sebaliknya keamanan yang palsu dan menipu., telah bangkit dan melawan. Biarlah negara mereka huru hara pun. Biarlah ada anak-anak yang yatim kehilangan ibu dan ayah. Biarlah ada isteri kehilangan suami yang dicintai. Biarlah ada syuhada yang bercerai berai tubuh badan dibedil senjata. Biarlah!Biarlah!
Kerana mereka sedar, yang perubahan perlukan pengorbanan. Perubahan harus dimulai dengan suasana yang susah payah dan sedikit kacau bilau. Ianya lumrah, kerana dalam menuntut keadilan, para penzalim tidak akan dengan mudahnya melepaskan kekuasaan yang mereka kecapi dan nikmati selama ini dengan mudah. Meraka akan melawan. Maka, rakyat Syria pun wajib melawan. (Baca artikel saya bertajuk ‘Mari Mengacau’)
Rasulullah SAW juga boleh memilih jalan yang sama. Baginda boleh sahaja bersenang lenang di rumah bersama Saiditina Khadijah yang berharta dan kaya pula. Malah, sewaktu misi dakwah sudah pun dimulakan, Baginda boleh sahaja menerima pelawaan menjadi raja di Makkah dan hidup dalam kenikmatan. Pendek kata, Baginda boleh memilih untuk hidup aman damai tanpa kacau bilau! Namun, baginda tidak rela hidup dalam kenikmatan sedang di sekeliling baginda ada insan-insan yang tertindas dan menjadi hamba kepada sesama manusia. Maka Baginda memilih untuk mengalami susah payah, yang bukan melibatkan diri Baginda sahaja, malah bencana dan siksaannya turt mengheret sama Bani Hasyim dan untuk tempoh-tempoh seterusnya, Madinah sekali. Bukankah sudah dikatakan, pengorbanan itu perlu?
Justeru, kenyataan ayat di atas, yang sering diucapkan itu, adalah seolah-olah menghina perjuangan rakyat Syria yang mahukan perubahan. Ianya seolah-olah menyalahkan rakyat Syria kerana memilih untuk melawan dan mencetuskan kekacauan terbabit. Walaupun yang berkata tidak berniat begitu, akan tetapi maksud tersirat yang boleh timbul adalah satu penghinaan.
Ianya penghinaan kepada anak yatim yang memilih untuk kehilangan ibu dan ayah demi revolusi. Ianya penghinaan kepada isteri yang kematian suami demi reformasi. Ianya menghina syuhada yang bercerai tubuh badan mereka demi memperjuangkan keadilan insani.
Ianya menghina mereka semua itu yang memilih kacau bilau demi sebuah perubahan!
Saya tidak menyalahkan lafaz sukur yang diucapkan. Namun, sungguh lafaz itu kelihatan seperti kemunafikan yang nyata, yang ditutur atas dasar pengecut yang takut untuk berkorban demi sebuah perubahan! Adakah sang pengucap tidak menyedari bahawa merekalah sebenarnya yang kufur nikmat dan tidak tahu bersyukur, kerana lena dan leka dibuai kenikmatan dunia, tanpa menyedari yang hukum Allahmasih belum tertegak di muka bumi ini, dan tidak pula mereka mahu berjuang dan berkorban seperti rakyat di Syria, di Mesir, dan sebagainya?
Tidakkah mereka malu, apabila selesai sahaja mengucapkan lafaz syukur terbabit, terus sahaja mereka tersandar kekenyangan di sofa ruang tamu, sambil mata terus menatap berita-berita kekejaman yang berlaku di Syria, sambil mulut berdikir, “syukur..syukur..syukur tak jadi seperti ini di sini..”. Tidakkah hipokrit keadaan begitu?
Kita tidak berbuat apa-apa, mengapa berani kita katakan kita bersyukur? Rakyat di Syria itu jauh lebih mulia walaupun mereka hidup dalam sengsara ketika ini. Selagi kita tidak membantu mereka atas cara bagaimana sekalipun, ataupun turut sama berjuang mencetuskan perubahan kita sendiri di rantau ini, maka belum bolehlah dikatakan kita ini bersyukur atas nikmat keamanan ini. Sesungguhnya keamanan yang kita kecapi ini, boleh jadi satu cubaan dari Allah untuk melihat samaada kita akan tenggelam dalam kemewahan hidup ataupun kita akan sanggup mengorbankan kenikmatan yang kita nikmati demi memastikan keadilan tertegak di muka bumi ini, dan kalimah Allah menjadi yang paling tinggi, dan tiada yang lebih dijunjung melebihiNya.
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, ‘SYUKUR BUKAN ALASAN’.
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” At Taubah:41
Khatimah
Adapun apayang saya tulis ini bukanlah bermaksud saya ingin mepromosikan kekacauan dan huru hara. Islam ini agama yang cintakan kedamaian, dan sukakan keamanan. Namun, untuk kita mengecapi keamanan dan kedamaian, maka kita harus berkorban dahulu, dengan cara menghapuskan parasit-parasit yang suka berlaku zalim ke atas orang lain, hanya dengan sebab mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Sesungguhnya, bagi seorang Muslim, tiada keamanan dan kedamaian yang sebenr, melainkan di akhirat nanti apabila bertemu dengan Tuhan mereka sambil memakai wangian yang semerbak harum baunya, sambil di kelilingi bidadari yang sentiasa menantikan hadir para syuhada yang melangkah gagah penuh mulia.
Ianya akan dapat diperoleh, dengan cara berhenti dari meracau dan mengigau perkataan syukur dalam nada munafik.
“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh danperjalan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, “Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu.” Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahwa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta,” At Taubah : 42.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYAIR GARISAN (TIADA PATAH BALIK)
Kapal sudah terbakar,
Kata Tariq,
ke depan musuh, ke belakang laut,
ke depan syahid ke belakang maut,
ke depan menang ke belakang pengecut
Kapal sudah dibakar,
tiada patah balik,
Buka Sepanyol itu,
Atau mati penuh mulia
Wahai Syria,
Ke depan Bashar, ke belakang penjara,
Ke depan syahid, ke belakang kem seksa,
Ke depan revolusi, ke belakang hina
Darah sudah tertumpah,
tiada patah balik,
Tumbangkan sang penzalim itu,
Atau mati penuh mulia