Diimamkan oleh Saudara Sallehin bin Zulkaply.
Simbolik penyerahan tabung kutipan derma. Setakat seminggu tabung diedarkan, dapat sebanyak RM 2 ribu lebih (kalau tak silap). Ini termasuk sumbangan daripada Pensyarah.
"Allah is our objective. The Prophet is our leader. Qur'an is our law. Jihad is our way. Dying in the way of Allah is our highest hope" - Hasan Al-Banna
Seuntai Kata Dari Meja Pensyarah Fakulti
Tanggal 22 Julai merupakan tarikh istimewa di mana berlangsungnya wawancara di antara Krew As- Syifa’ dan juga seseorang yang sangat dihormati dan tidak asing lagi bagi para pelajar Fakulti Perubatan iaitu Prof. Dr. Mohd Hamim Rajikin yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni fakulti. Kami telah menemui Prof Hamim dengan harapan menerima input yang berguna serta nasihat yang boleh dijadikan pedoman setiap pelajar. Berikut merupakan isi- isi penting wawancara kami.
1. Prof, bolehkah prof jelaskan mengenai kepentingan niat dan apakah niat yang patut ditanam dalam diri setiap pelajar ketika menuntut ilmu seterusnya sesudah berkerjaya sebagai seorang doktor?
Niat memang sangat penting, kesemua pekerjaan yang kita lakukan akan berdasarkan kepada niat kita. Amalan yang baik tapi dilakukan dengan niat yang salah tidak diterima Allah berbanding dengan amalan yang nampak mudah tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w. yang sering kita dengar,
Tetapi Islam tidak pula menerima falsafah niat menghalalkan cara. Cara melakukan sesuatu perkara amat penting, dan mestilah berteraskan niat yang betul. Sebagai contoh, jika seseorang itu bertutur dengan sopan dan menghormati orang lebih tua tetapi dengan niat hanya untuk mengikut adat Melayu, ianya masih kurang betul. Tetapi kalau diniatkan untuk mengikuti perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w, amalan tadi mendapat dua manafaat iaitu pahala di sisi Allah s.w.t. dan pada waktu yang sama memenuhi adat kebiasaan. Sebagai pelajar yang baru melangkah masuk ke fakulti, seeloknya pasanglah niat sebagai hamba Allah, datang untuk menuntut ilmu yang akan dimanfaatkan untuk kebaikan manusia lain. Apabila sudah menjadi doktor, anda bukan sekadar merawat jasmani pesakit sahaja, malah tugas doktor mempunyai skop yang jauh lebih luas, iaitu untuk memelihara agama, memelihara jasad, memelihara aqal, memelihara harta dan memelihara keturunan seseorang pesakit. Misalan, seorang doktor merawat kaki pesakit yang patah, yang dengan rawatan tersebut pesakit boleh melaksanakan solat dengan sempurna, maka agama (iman dan amalan ) pesakit telah terpelihara. Selain itu, doktor juga merupakan seorang da’ie yang boleh mengajar pesakit cara- cara beribadah ketika sedang sakit. Doktor bukan setakat memberi medical prescription malah spiritual prescription atau lebih tepat lagi Islamic prescription kepada pesakit. Doktor dan pesakit kedua-duanya tidak boleh beranggapan bahawa doktor atau ubat- ubatan yang menyembuhkan pesakit, malah perlu diingatkan bahawa hanya Allah lah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan adalah satu tanggung jawab dan ikhtiar, selari dengan sabda Nabi s.a.w. bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut, jadi kita sebagai hamba hanya berusaha, dan perawatan mestilah dilaksanakan dengan betul dan profesional. Selepas habis segala proses ini, berserahlah kepada Allah kerana Yang akan menyembuhkan, hanyalah Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah bermaksud
Sebenarnya tugas utama seorang pelajar adalah untuk belajar, dan di samping itu bolehlah melakukan kerja- kerja lain yang membawa ke arah kebaikan. Sebagai contoh, kerja- kerja agama, komuniti, bersukan, kokurikulum, dan sebagainya. Apa yang utama ialah segala perbuatan yang dilakukan diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan dilaksanakan mengikut syariat Islam. Kita perlu melakukannya dengan bersungguh- sungguh dan menggunakan masa yang ada dengan bijak. Ini selari dengan kedudukan kita sebagai umat yang terbaik (khairu-ummah) yang akan sentiasa mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Allah sukakan kita menjadi terbaik dalam apa- apa hal. Berusahalah bersungguh- sungguh untuk mendapatkan yang terbaik atau ‘distinction’ dalam apa bidang pun. Tetapi, jadikan ianya sebagai ‘alat’ bukan ‘tujuan’ atau’maksud’. Dapatkan ‘distinction’ untuk menjadi orang yang cemerlang. Apabila cemerlang, bolehlah menjadi doktor yang terbaik dalam semua aspek termasuk mental dan spiritual. Kelulusan merupakn satu alat, bukan maksud. Terutamanya bagi yang terlibat dengan gerak kerja Islam, tunjukkan contoh yang baik dan berusahalah untuk tidak menjadi fitnah kepada agama. Demikian juga halnya dengan menjadi seorang doktor, ianya bukan tujuan hidup, tetapi alat untuk berkhidmat kepada manusia dan mencapai kebaikan dunia dan akhirat. Segala- gala di dunia ini sekadar menjadi alat atau keperluan untuk mencapai tujuan kita yang sebenar- benarnya iaitu mendapat keredhaan Allah. Akhir sekali, kepada pelajar ‘senior’, tunjukkan contoh yang baik untuk adik- adik tahun pertama dan berikanlah tunjuk ajar kepada mereka.
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.
Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”
Mendengar
Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Gambar hiasan
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.







| BIRO – BIRO DAN PERINCIAN TUGAS | PENASIHAT (EMI) | KETUA | AJK |
| 1. BIRO TARBIYAH. · Harus sentiasa mengingatkan AJK perlaksana akan niat program ini diadakan. · Memberi pengisian untuk setiap mesyuarat yang dijalankan. · Mencari artikel untuk dihebahkan. · Menyediakan papan ‘shout-out post’ di pantry. | HAFIZUDDIN SALLEH. | | HAZWAN NOR AKMA |
| 2. BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI. · Menjalankan promosi tentang aktiviti ini dengan menjadikan pelajar perubatan sebagai sasaran utama. · Meluaskan skop promosi kepada pelajar fakulti lain. · Menyediakan banners, poster, blog dan CD cenderamata. Juga tayangan yang bersesuaian. | FAIZAL | ALYZA | AINAA' FATIMAH AZZAHRA SITI MAISARAH |
| 3. BIRO SPONSOR DAN DERMA. · Dapatkan sumbangan tidak kira dalam apa bentuk sekalipun ; wang tunai, makanan, bahan dan peralatan aktiviti. · Mengutip derma seawal mungkin daripada pihak selain pelajar perubatan UiTM Shah Alam. · Bekerjasama dengan bendahari dalam urusan perbelanjaan. · Menggalakkan supaya warga fakulti menginfakkan harta ke jalan Allah. InsyaAllah. | AIZZAT | | SUHADA ADNAR SUMAYYAH AZMI NADIAH J |
| 4. BIRO PAMERAN. · Menyediakan bahan-bahan pameran yang bersesuaian. · Juga perlu menjaga pameran pada hari program bersama ajk dibawah biro pameran. · Perlu bekerjasama dengan semua biro terutamanya biro jualan untuk menjamin kelancaran hari program berlangsung, · Mengendalikan pertandingan melukis poster. | ATIRAH S | NADZ RUSLAN | SAKINAH M QHASMIRA AZIMAH QILAH |
| 5. BIRO JUALAN. · Cupcakes/Muffins Untukmu Palestin.- Cari sponsors, dapatkan potongan harga. · Buku - buku Palestin – boleh dapat dari Aman Palestin. · T- Shirt Palestin – dapatkan dari Islamic Brotherhood of Arts. Jika perlu tempah awal. · Shawl/Mafla daripada Aman Palestine. · Mempromosikan barang jualan sebelum dan semasa progtam berlangsung. | | LUQMAN | ADAM FAEZ NAZEERA RAJA |
| 6. BIRO SUKAN DAN AKTIVITI. · ‘Darts’ · ‘Paintball target shooting’. · ‘Mobile Wall-climbing’. · Tayangan Video di dewan kuliah. · Dapatkan sponsors dalam bentuk aktiviti semasa program. | ALI | | NABILLA KHAIRUL BARIEAH |
| 7. BIRO FOTOGRAFI. · Menjaga gerai bergambar. · Menyediakan latar belakang yang menarik untuk hadirin mengambil gambar. · Mengambil gambar sepanjang aktiviti berlangsung. · Mendapatkan kamera yang lebih baik daripada pihak fakulti. | | AZIZI | RABIATUL AMI |
| 8. BIRO TEMPAT DAN LOKASI. · Bekerjasama dengan biro jualan, pameran, logistik dan aktiviti bagi memastikan lokasi perlaksanaan yang sesuai. · Menempah tempat perlaksanan program seawal yang boleh. · Tempat ceramah dan persembahan untuk malam kemuncak perlu disediakan. | | BELLA | IZZAH SODRI SHAZLIN |
| 9. BIRO LOGISTIK. · Berkerjasama dengan semua biro yang ada (terutamanya tugas-tugas khas) untuk mengetahui keperluan biro masing-masing. · Dapatkan bantuan staff fakulti untuk jualan dan pameran. · Perlu memastikan segala keperluan tersedia dan dalam keadaan yang baik untuk kelancaran program. | | ZULHILMI | NURAHANIZ |
| 10. BIRO TUGAS – TUGAS KHAS. · Menyediakan cenderamata untuk peserta, headbands dan lain-lain. · Mengambil cenderamata daripada Jabatan Komunikasi Korporat di bangunan Canseleri. · Sama-sama mencari bahan pameran dan risalah. · Menolong biro multimedia menyebarkan poster dan mengedarkan CD cenderamata. | NUSAIBAH | NAJIHAH . | ARIF BUDIMAN WAHIDAH NAILIL |
| 11. BIRO ATURCARA · Menguruskan protokol dan kelancaran malam kemuncak. · Melaporkan jika terdapat sebarang masalah semasa program malam kemuncak kepada ketua program. | | AZLEEN | NURMASITAH |
| 12. BIRO MAKANAN · Memastikan kafeteria untuk makan malam penceramah, VIP dan AJK perlaksana tersedia dan bersih. · Membuat tempahan makanan pada katering yang bersesuaian untuk makan tengah hari dan malam. · Memastikan makanan yang ditempah dihantar dengan selamat dan masih elok. | SITI SYUHADA | BELLA | BASHIRAH FARAH HAZWANI |
| 13. BIRO SAMBUTAN DAN PENDAFTARAN · Mendaftar peserta di luar dewan sebelum ceramah bermula untuk mendapat anggaran hadirin. · Menjemput penceramah jemputan ke dewan dan mengiringi penceramah ke kafeteria untuk makan malam. · Mengedarkan borang soal selidik kepada hadirin bagi mengetahui keberkesanan program ini. | SAKINAH M | SITI AISYAH | NOR AINI KAMILAH QILAH |
| 14. BIRO CERAMAH · Bertanggungjawab mencari penceramah jemputan pada malam kemuncak · Menyediakan peralatan dan keperluan yang mencukupi sebelum ceramah bermula. | HAFIZUDDIN SALLEH | HAZIRAH | ADIBAH UMAIRAH |
| 15. BIRO PERSEMBAHAN · Menyediakan persembahan nasyid yang kreatif daripada pelajar perubatan sendiri untuk tetamu yang hadir pada malam tersebut. | ALI | | SALLEHIN |
Tentatif Program MINGGU MEMPERINGATI HARI AL-QUDS 2009
Selasa (15 Ogos 2009)
8.00 pagi - Menyediakan bahan di tapak pameran.
9.30pagi – 3 petang - Aktiviti bermula.
a) Pameran.
b) Jualan.
-Cupcakes
-Buku dan t-shirt Palestin
-Shawl dan mafla
d) Photobooth
e) Wall climbing.
f) Edaran risalah berkaitan Palestin.
12.00 – 1.00 tengahari - Makan tengahari secara bergilir.
1.00 – 2.00 petang - Solat Zohor secara bergilir.
6.00 petang - Berkumpul di dewan untuk solat maghrib berjemaah.
a) Ketibaan para jemaah dan VIP.
b) Tazkirah ringkas semetara menanti waktu maghrib.
7.15 ptg - Solat maghrib , solat hajat dan bacaan Yassin.
8.10 malam - Solat Isya’
8.30 malam - Tetamu berkumpul di lecture hall B.
8.45 malam - Ceramah.
10.15 malam - Jamuan ringan untuk VIP.