06 June 2009
Anda bagaimana?
Hiburan : Antara Lagha, Fitnah & Fitrah
Sebentar tadi, keluar makan dengan dua-tiga orang. Bercerita tentang isu semasa. Bermula dengan kisah AFundi VS APundi yang dikirim dalam email.
[Original ditulis oleh http://www.bukunota.blogspot.com/ dalam blognya]. Kemudian, masuk pula cerita AF. Senang cerita, mereka berdebat (ala kaum wanita & secara sederhana) tentang fenomena AF, hiburan yang sungguh gah dalam media kita. Mari kita telusuri bincang-bincang waktu makan tengahari ini.
Kata A, media memang memainkan peranan besar...kalau media buat sebagai besar maka besarlah jadinya.
Kata B, orang kita mudah terpengaruh, terutama anak-anak muda.
Kata saya, memanglah...dan itulah peranan kerajaan membendung budaya hedonisme ini daripada menular...media sendiri perlu dibendung untuk tidak keterlaluan dalam mengenengahkan budaya hiburan hingga menjadi melampau.
Kata A pula, kita tak boleh sekat perkembangan & pembangunan (fikir : pembangunan apa yang dimaksudkannya tak tahulah.). Dunia makin berkembang sekarang. Kita tak boleh kata kerajaan tak bendung. Orang terlalu ramai untuk kerajaan bendung perkara ini. (Dalam hati saya, sebab dia itu kerajaan & sebab rakyat itu ramailah maka perlu ada pengawasan terhadap gejala ini).
Saya tambah sikit; Budak-budak remaja terlalu ghairah dengan fenomena realiti tv terutamanya hiburan ini. Sanggup mereka berhabis dengan caj sms yang tinggi untuk mengundi & chat di tv interaktif.
Kata A lagi, iya...tapi kita kena cari root causenya. Ibubapa kena kawal anak-anak daripada tengok. Tutup tv, jgn langgan astro!
Saya tambah lagi, zaman sekarang ni anak-anak boleh cari di mana saja. Sebab sudah luas terbuka capaian internet & media. (Sebabnya, saya tahu kisah seorang remaja yang ibu bapanya mengawal drp segi tidak melanggan astro, tetapi si anak tetap mengambil tahu perkembangan AF.)Sebab itu pengawalan keseluruhan terhadap program itu sendiri perlu. Buatlah garis panduan, bahawa program hiburan tidak boleh lebih drp 30% (contohnya) daripada 24 jam program TV. Contohnyalah. Ini tidak, TIADA PENGAWALAN KETAT. Kita seolah melayan arus yang dibawa oleh media yang mengaut berkantung-kantung keuntungan ini. (Mengingatkan ini bukan perdebatan politik, tetapi berasaskan hiburan yang melampau & terlampau, saya memperlahankan rentak.)
Kata A menambah perisa, bagi saya didikan kita yang sebenarnya. Kita perlu kawal mereka untuk tidak mengikut arus tersebut.
Kata C, benar tu Puan.
Komen saya : panas. paNAS. paNAS!
Sebab apa panas. Sebab AFlah! Kerana ia satu bentuk hiburan yang meletakkan penonton sebagai pihak yang paling penting. Justeru, setiap penonton yang mengundi merasakan diri mereka penting dan sanggup menghabiskan kredit walaupun baru saja top-up dengan undian & chat. Sebab apa mereka buat begitu. Sebab mereka rasa diri mereka penting. Saya pernah bertanya seseorang yang mengundi. Pada musim AF yang lepas seingat saya. Katanya, saja suka-suka. Saya tersenyum sambil suami berbisik pada saya. Mengingatkan saya untuk memperingat si dia bahawa setiap sen yang disumbangkan untuk mengundi itu adalah pemangkin untuk si 'pelajar' menjadi penyanyi.
Dan apakah yang akan dibuatnya setelah jadi penyanyi? Adakah dia akan mendedahkan aurat atau terlibat dalam pergaulan bebas? Adakah dia akan terlibat dengan maksiat, sementelah kita sedia tahu dan TAHU bahawa dunia hiburan itu penuh dengan kancah maksiat.
Justeru, setiap sen yang kita laburkan untuk mengundi itu adalah saham untuk kita di akhirat sana. Kerana 'berjaya'nya dia sebagai penyanyi yang membuat pelbagai perkara tanpa ada batas dosa pahala. Dan, di situ ada saham kita.
Saya tahu, di kalangan pembaca blog saya ini tak ramai yang mengikuti perkembangan AF & menjadi penonton AF ataupun pengundi (rasanya tiada yang mengundi kot! :) ). Bukan AF sahajalah, sekarang ini terlalu banyak program realiti tv : Mentor, Audition,OIAM,Malaysian Idol hatta Bintang RTM pun ada SMS Undi! Cuma, berpesan-pesanlah ke arah kebaikan. Saya tahu walaupun kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan hiburan melampau ini, ada saudara-mara, atau adik-beradik kita yang mungkin terikut-ikut dengan budaya ini.
Berpesan-pesanlah.
Pendapat saya, adalah fitrah manusia sukakan hiburan. Sebagai umat Islam, kita terikat dengan batas-batas syariat untuk muzik, hiburan, pergaulan. Semua ini saling berkait rapat. Oleh itu, silap caranya...seperti yang berlaku sekarang, hiburan itu jadi lagha & fitnah pula.
Bagi yang sukakan hiburan, bacalah novel Advencer Si Peniup Ney. Tepat sekali konklusi & saranannya. Sebuah novel satira yang hebat karya Faisal Tehrani. Saya amat menyukai novel ini. Saya ingin sekali hadiah novel ini buat adik-adik saya, tapi saya hampir pasti mereka tidak akan menyusahkan diri membaca kisah alam jin ini.
Bagi yang belum membaca Novel ini, belilah drp Ujana Ilmu. Sungguh bagus. Saya amat setuju, sukakan hiburan itu fitrah manusia, tapi bukan hiburan melampau. Kerana itu, Rasulullah s.a.w tidak menghalang tika wanita-wanita Arab bermain gendang semasa sambutan 'Eid. Dan, kerana itu juga kita akan Azan yang merupakan muzik panggilan Tuhan yang indah dengan dimulai paluan gebuk yang cukup menyentuh rasa kehambaan. Dan, kita juga ada bacaan Al-Quran dengan cara taranum yang cukup indah dan menyentuh qalb: lagu bayati, lagu rass, lagu mahur, lagu nikriz. Dan, kita juga ada zikir yang lagunya membuai rasa khusyuk dan tawadhuk. Semua ini lebih indah dan nyatakan dalam alam hati tika bersendiri di dinihari.
Untuk yang suka beramai-mesra, bersama-sama bernyanyikan selawat buat RasulNYA, atau bernasyid. Asal batas pergaulan dan lirik dan lagunya berunsur ketuhanan dan tidak mengetepikan nilai-nilai akhlak Islamiah. Dan menjadikan kita insaf bila mendengar dan menghayati lirik nasyid tersebut. Insaf manusia akan mati.
p/s: ini bukan perbahasan halal-haram muzik. TQs
03 June 2009
Tiada Lagi Maaf Bagimu..
Firman Allah dalam Surah Al-A'raaf:50
"Dan ahli neraka menyeru ahli Syurga: Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang kafir."
5 Permintaan ahli neraka yang tidak akan dipenuhi:
1---Ahli neraka memohon
"Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami! Engkau telah mematikan kami dua kali, dan telah menghidupkan kami dua kali pula, maka kami mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk kami keluar dari Neraka?"
(Surah Al-Mu'min:11)
----Maka Allah Menjawab:
"Yang demikian itu adalah kerana kamu, apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru, kamu kufur; dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, yang Maha Tinggi, lagi Yang Maha Besar."
(Surah Al-Mu'min:12)
2---Permintaan ahli neraka yang kedua...
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. "
(Surah As-Sajdah:12)
----Allah menjawab dalam firman-NYA:
" (Lalu dikatakan kepada mereka) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun melupakan akan kamu, dan (dengan yang demikian) rasailah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan."
(Surah As-Sajdah:14)
3---Seterusnya permohonan ahli neraka yang ketiga...
"...Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu ..."
(Surah Ibrahim:44)
----Firman Allah dengan tegas:
"...dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang kebinasaan? "
(Surah Ibrahim: 44)
4---Kemudian ahli neraka mengajukan permohonan kelima...
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan..."
(Surah Faathir: 37)
----Jawapan Allah:
"...Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan."
(Surah Faathir: 37)
5---Permintaan ahli neraka yang terakhir ...
"Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh sebab-sebab kejahatan kami dan dengan itu kami menjadi kaum yang sesat. Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Mu'minuun: 106-107)
----Jawapan Allah dengan tegas:
"(Allah) berfirman: Tinggallah dengan hina di dalam Neraka dan janganlah kamu berbicara(memohon sesuatupun) kepadaKu! "
(Surah Al-Mu'minuun: 108)
Di dalam ayat Al-Quran yang lain, disebutkan bahawa ahli neraka mengajukan permohonan kepada penjaga neraka iaitu malaikat:
"Wahai penjaga neraka, mohonlah kepada Allah supaya Dia meringankan azab dari kami walaupun sehari."
Malaikat menjawab: "Apakah tidak pernah datang kepadamu para Rasul dengan membawa keterangan?"
"Benar,sudah datang."
Malaikat berkata lagi: "Berdoalah kamu, tetapi doa kamu tetap sia-sia belaka." Seperti dalam firman Allah dalam Surah Al-Mu'min ayat 50:
" Berdoalah kamu dan doa orang yang kafir hanya sia-sia"
.....Namun semua permintaan ahli neraka itu ditolak dan yang tinggal hanyalah penyesalan yang tiada ertinya lagi....
Firman Allah dalam Surah At-Thur: 16
"Rasailah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan."
Melayu Hanya Akan Jadi Mulia Jika Mengambil Islam Sebagai Wadah Perjuangan
Bagi sesiapa yang tidak tahu, atau mungkin terlupa, atau mungkin tidak pernah belajar subjek Sejarah di sekolah menengah sebelum ini, 13 Mei ialah peristiwa di mana berlakunya rusuhan dan hura-hara antara Kaum yang menyebabkan darurat diisytihar di seluruh Malaysia. Dan, peristiwa ini juga menjadi penyebab kepada terpisahnya Singapura dari gagasan Malaysia.
Rusuhan kaum ini merupakan satu titik hitam yang kotor serta membusukkan sejarah negara. Ianya merupakan satu hasil dari perjuangan – perjuangan assabiyah yang tidak sudah-sudah.
Sikap Assabiyah merupakan satu tragedy kepada peradaban manusia. Masyarakat Arab pernah berperang sesama sendiri berpuluh-puluh tahun kerana sikap ini. Orang-orang di India sampai sekarang tidak aman-aman kerana berjuang mempertahankan kasta-kasta rekaan mereka sendiri.
Di Malaysia, sikap ini menyebabkan orang Melayu sering meragui kejujuran orang Cina dan Orang Cina sering kali mempunyai impresi yang burukk tentang msyarakat Melayu.Dan kadang kala, sikap ini bukan hanya timbul di kalangan dua bangsa yang berbeza. Ia juga boleh lahir atas sebab perbezaan negara.
Pernah dengar cerita tentang seorang pengadil karate Indonesia yang dibelasah oleh polis Malaysia hingga menyebabkan berlakunya rusuhan oleh sebilangan rakyat Indonesia? Kononnya rakyat di Malaysia ganas dan bermacam-macam lagi tohmahan mereka lemparkan. Kalaulah pengadil karate itu datang dari Jordan atau Uganda atau Nigeria, adakah mereka akan melakukan demonstarsi membela seperti yang mereka lakukan sebelum ini? Tidak, sama sekali tidak.
Atau, kisah Mubarak Si Pengkhianat yang tidak menghiraukan nasib rakyat Arab di Palestin yang diganyang habis-habisan di sana? Dengan alasan agenda di Mesir sama sekali tiada kaitan dengan yang di seberang sana. Ini semua manifestasi dari sikap Assabiyah itu.
Apakah sikap Assabiyah ini sebenarynya? Assabiyah merupakan satu sikap di mana para pemuja dan pengamalnya sanggup bertikam lidah, bermusuh, malahan sanggup berperang untuk menjadikan kaumnya berada di atas kaum yang lain. Jadi, jika selepas ini kita terdengar, atau terbaca di dada-dada akhbar tentang ‘Perkauman’, maka itulah Assabiyah. Secara mudahnya saya katakan, Perkauman @ Perjuaangan bermotifkan kebangsaan merupakan Assabiyah.
Perjuangan yang berteraskan kebangsaan atau assabiyah merupakan satu perjuangan yang sangat sempit lagi tidak mendatangkan penyelesain. Setiap bangsa ingin membuktikan bahawa bangsa mereka yang terbaik atau lebih ‘Superior’ dari yang lain.
Kerana itulah Nabi Muhammad SAW melaungkan seruan Islam. Islam untuk semua. Itulah yang Nabi kita seru dan laungkan pada ketika itu. Seorang Cina boleh jadi Islam. Begitu juga India. Akan tetapi Cina tidak boleh jadi Melayu dan Melayu tidak boleh jadi Cina.
Nabi tidak melaungkan seruan kebangsaan walaupun Baginda sedar yang bangsa Arab telah ditindas dengan teruk oleh Yahudi di tanah mereka sendiri iatu Tanah Arab.
Nabi tidak menyeru bangsa Arab agar bersatu untu berjuang bermatian-matian agar hak mereka di tanah Arab terjamin. Demi Allah, tidak sekali pun pernah Nabi serukannya!
Seseorang itu sama sekali tidak bisa memilih untuk dilahirkan dalam bangsa apa. Dan bangsa ini bersifat ‘permanent’, iani kekal. Anda Melayu, maka sampai kiamat pun tetap Melayu. Seorang Melayu akan nampak bodoh jika berusaha memakai pakaian Barat atau bercakap dengan ‘slang’ Mat Saleh hanya kerana untuk nampak seperti ‘English Man’. Seorang India akan nampak menakutkan lagi mengerikan jika memakai bedak dengan tebal semata-mata ingin kelihatan seperti Orang Cina.
Maka di situ hadirlah Islam sebagai wadah penyatuan. Dalam Islam setiap bangsa adalah sama dan yang membezakan antara mereka ialah Takwa. Seorang Arab tiada kelebihan atas seorang Melayu dan begitu juga sebaliknya.
Suka ingin saya ingatkan bahawa tulisan saya ini bukannya bermaksud saya ini seorang yang tidak prihatin akan nasib bangsa Melayu atau seorang yang anti perjuangan Melayu. Kata orang, tak patriotiklah! Sehingga dulu timbul tuduhan mengatakan saya ini anti-Melayu. Tidak, sama sekali tidak. Demi Allah. Bodohlah saya jika bersikap begitu kerana saya dilahirkan sebagai Melayu. Mak dan Ayah saya Melayu. Kawan-kawan saya pun ramai Melayu. Mana mungkin saya membenci rumpun bangsa saya sendiri?Malah, Islam sangat menyukai sikap membantu saudara seBangsa.
Apa yang ingin saya katakan di sini ialah sesuatu bangsa itu hanya akan menjadi mulia jika ia memperjuangkan Islam. Bangsa itu tidak akan menjadi mulia sampai bila-bila jika meneruskan prinsip perjuangan kebangsaan. Mulianya Arab dahulu kerana mereka memperjuangkan Islam bukannya kerana mereka sibuk melaungkan slogan untuk memartabatkan orang Arab. Hinanya mereka sekarang kerana tidak lagi berpegang pada Islam sebaliknya menegakkan perjuangan ala Assabiyah.
Jadi, jika Melayu ingin jadi bangsa yang mulia, maka angkatlah Islam sebagai wadah perjuangan. Bukannya sibuk dengan agenda menjadikan Melayu kembali unggul di Nusantara. Jika bangsa Melayu itu memperjuangkan Islam, maka dengan sendirinya bangsanya akan menjadi hebat dan mulia. Itu hakikatnya!
Mari renung sejenak apa yang berlaku sewaktu kejatuhan Uthmaniah. Tentera-tentera Pembebasan Arab telah memainkan peranan yang penting dalam menumbangkan kerajaan Islam agung itu. Mereka telah melaungkan slogan-slogan yang menaikkan semangat orang Arab untuk berjuang bagi bangsa mereka. Kata mereka, orang Arab lebih mulia dan lebih berhak memerintah tanah suci Makkah berbanding orang Turki. Orang Arab lebih berhak ke atas tanah Arab kerana mereka penduduk asal di situ. Padahal, bukankah orang Turki itupun orang islam dan mempunyai hak juga ke atas bumi itu?
Di akhirnya kita lihat bagaimana kerajaan Uthmaniah tumbang disebabkan dua gerakan Assabiyah. Satu di Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Yang Terkutuk dan satu lagi di Arab Saudi pimpinan Syed Faisal si Tali Barut British!
*ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu. Kalian pilih yang mana?
01 June 2009
Bagaimana Ini Al Fateh Lakukan?
(tulisan ini sama sekali tidak bermotifkan politik,walaupun penulis merupakan Naib Presiden kepada PAS, harap faham dan nilai in dengan matang. Tulisan ini hanya satu kajian mengenai Muhammad Al Fateh dan faktor2 kejayaan misi pembebasan beliau - Amr_Din)
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih
27 May 2009
Jawatan penting untuk dimiliki
Bidang penulisan sememangnye terkenal sbg salah satu cabang ilmu. Melihat kepada fakta yg demikian (dan juga perkembangan blog semasa), EMI dari sayap redaksi As-Syifa' buat julung kalinya merancang utk mengadakan seminar penulisan yg bertajuk ( Penulisan dan Dakwah)
Program ini bertujuan utk memberikan mendedahan kpd ahli EMI khasnya dan warga UiTM secara umumnya tentang kepentingan bidang penulisan dlm menympaikan dakwah.
Ianya juga bertujuan utk memperkenalkan teknik2 penulisan yg effective dlm menarik minat pembaca kpd peserta.
Tarikh yg di cadangkan ialah pada 10/10/09
Jawatan utk disandang
1. Setiausaha
2. Naib Setiausaha
3. Bendahari
Biro2
1.Promosi & Publisiti
2.Tmpt & Pendaftaran
3.Makanan
4.Logistik(Pengangkutan)
5.Protokol & Sambutan
6.Cenderahati
7.Tugas2 khas
8.Perhubungan
9.Biro program
ps:
Program ini masih diperingkat perancgan. Perubahan mungkin akan berlaku mengikut keadaan semasa. rakan2 sekalian juga dijemput utk menyampaikan comment ke atas perkara di atas.
W,slm
Dari AsSyifa' (Syaaban 1429H/Ogos 2008)
Selayang Pandang
“Saya belajar medik ni sebab nak tolong orang..”
“Mak ayah teringin nak tengok saya jadi doktor,saya nak tunaikan harapan mak dan ayah..”
“Kenapa ambil medik? Mestilah sebab saya minat! Sejak dari kecil lagi saya berangan-angan nak jadi doktor..!”
Jawapan-jawapan inilah yang biasa kita dengar di antara sahabat-sahabat kita apabila diajukan soalan tentang tujuan memilih bidang perubatan.Mungkin salah satu daripadanya adalah jawapan kita sendiri! Malah,ada juga suara-suara ‘nakal’ yang memberi jawapan yang yang tak keterlaluan dikatakan boleh ‘membinasakan masa depan’
“Aku bukan nak sangat medik ni,tapi sebab dah dapat,masuk je la.”
“Jadi doktor ni famous.Boleh buat duit bila dah jadi specialist.”
“Boleh cari partner doctor..hehe..”
Dan apabila kita telah terjun dalam medan ilmu untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah,jawapan dan matlamat berlainan pula diberikan sebagai penanda aras mengukur kejayaan kita.
“Tahun ni aku bertekad nak dapat distinction supaya keluarga aku bangga dengan kejayaan aku..”
“Aku nak usaha sungguh-sungguh supaya dapat jadi doktor yang bagus bila dah habis belajar nanti..”
Sedar atau tidak,kita sering tersasar mengukur sesuatu kejayaan dengan redhanya manusia berbanding mencari ‘tuan empunya’ redha yang sebenar.
Dek kerana sanjungan manusia, segala penat lelah bersengkang mata menatap buku-buku tebal,berkorban masa menyiapkan tugasan-tugasan,dan menahan sakit kepalanya semasa menadah ilmu,segala-galanya menjadi sia-sia!!
Bayangkan kita menyiapkan satu tugasan bertulis untuk dihantar kepada
pensyarah dengan membuat rujukan menggunakan berpuluh-puluh buku, terpaksa berjaga lewat malam menaip hingga lenguh-lenguh seluruh badan, berpeluh-peluh turun ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian, ditambah pula dengan kerenah rakan-rakan serta masyarakat sekeliling.Kita sangkakan tugasan yang dilakukan adalah yang terbaik.Sampai masanya, bakul sampah menjadi destinasi akhir tugasan bertulis kita lantaran tidak diterima oleh pensyarah,dengan alasan tidak menepati objektif dan matlamat tugasan yang diberi!
Begitulah perumpaan keadaan kita..Semua kerja keras yang dilakukan menjadi bukti usaha sia-sia lantaran kita tidak menyandarkan segalanya kepada Allah dan kerana Allah!Hal yang sama diaplikasikan dalam segala bentuk kerja yang dilakukan samada dalam berpersatuan mahupun
Sesungguhnya Allah murka terhadap hambanya yang
meletakkan sesuatu bukan untuk mencari redhaNya seperti yang dimuatkan di dalam kitab Ayyuhal Walad karangan Imam As-Syafie:
“Wahai hambaKu!Kenapa engkau sentiasa sepanjang
tahun memerhatikan kebersihan tempat pandangan
manusia terhadap dirimu,tapi tidak pernah engkau peduli akan tepat
pandanganKu walaupun hanya satu saat.”
updates.
Bismillah.
Minggu Memperingati Hari Al-Quds.
DO YOU WANT TO BE PART OF THE DREAMMM?
do you want to be part of the Al-Quds Brigades?
again, sila baca previous posts utk elak kekeliruan. dan, semoga diberkati. (;
setelah berbincang dgn abg fazwan aka tuan pengarah projek ni. beliau berkata:
setiap biro akan terdiri dr dua ketua.
1. penasihat drpd exco modal insan sendiri
2. ketua biro yg bukan exco modal insan
segala pandangan, comment, kritikan membina, luahan pendapat, pihak penaja sgt optimistik dlm keterbukaan ini. nasihat itu best! heehe. juga, terima kasih atas keprihatinan korg. we're one in this issue! =D
lagi updates:
1. luqman - nak jadi biro jualan. dia byk idea. heehee. (ketua biro)
2. jiji - nak jadi biro photography! (dgn semangatnya) (ketua biro)
3. bella - biro makanan mlm kemuncak. (ketua biro)
minggu alquds tu - bella - biro tempat dan lokasi (ketua biro)
4. athirah - ketua program.
5. dibah - setiausaha.
6. hafiz - biro tarbiyah (penasihat biro)
biro ceramah (penasihat biro)
7. pem - ketua program II.
8. jani - bendahari.
9. kinah - biro pameran (ajk)
kinah - biro sambutan & pendaftaran (penasihat biro)
10. adam - dia nak dgn luqman. hehhe. (ajk)
11. nazeera - nak biro jualan. kira, dia sekali dgn luqman dgn adam(ajk)
12. saibah - biro tugas-tugas khas (penasihat biro)
13. atirah salaudin - biro pameran (penasihat biro)
14. aleen - biro atucara utk mlm kemuncak (ketua biro)
15. ieja - biro publisiti dan multimedia (ketua biro)
16. aina - biro publisiti dan multimedia
17. faez aka panjang - biro jualan aka biro business (ajk)
18. jiah - biro tugas-tugas khas (ketua biro)
19. nadz - biro pameran - (ketua biro)
20. aizzat - sponsor dan derma (penasihat biro)
21. aisyah - biro sambutan & pendaftaran (ketua biro)
22. ali - biro sukan/aktiviti (penasihat biro)
23. qhas - biro pameran - (ajk)
24: kina bohari - biro photography (ajk)
25: adilah - biro photography (ajk)
26: nura - biro makanan (ajk)
27. ulil - biro tempat (ajk)
28. sumayyah - biro tugas-tugas khas (ajk)
29. izzah - biro jualan (penasihat biro)
neway, nnt recruit geng lagi eh korg? thx.
the key is : _______
(isi tempat kosong, jawapan ada di previous entry. ngee)
Assignments
PS; kpd semua committee members, nak kasi assignmnents ni. heehee.
1. tlg baca entry yg berlabel "alquds" min awwal ilal akhir. from the v/ first letter to the v/ last full stop. sbb agak ramai yg kantoi tny stuffs yg dah tertulis dkt blog ni. hehhe. still, i don't mind people asking, really. tp takut u guys missed out important points. in fact, semuanya penting, or it wouldn't be included. so, allocate some time and do read, do read, will ya? perlu ada moment yg sesuai juga utk bacaaa. the youtube pun, give it a listen la eh? ;D
2. dan, new recruitments sgt diperlukan . n thanks.
*tumpuan skrg/main priorities:
1. hebahkan dkt budak medic dlm masa terdekat. penting2222. sokongan batch sgt pentinggg. jawatan kosong perlu diisi asap. setiausaha, bendahari, dan semua ketua biro, pls pls pls, rebut jawatan ini. =P
2. listkan ape yg kte blh buat dlm waktu cuti ni. ie. contact citu, fac, aman palestin, saba media, n semua sumberr lain, dptkan proposal dan bajet.
3. hamdan lillah, prof hamim setuju jadi penasihat program ni. maka, proposal kalau dah siap, blh hantar n mintak kelulusan fac. dah blh tny citu, n tny2 dulu mana2 tempat nak mintak sponsor
regards. (:
.
26 May 2009
jawatan kosong tk bergaji. tp ganjarannya tk ternilai, ayuh rebut peluang ni =P
Minggu Memperingati Hari Al-Quds.
just in case ada sesape yg confused/clueless/blur, pls read my previous post first
Biro-biro terbahagi kepada 2 ; Satu, utk sepanjang minggu memperingati hari al-quds & lagi satu, utk malam kemuncak. Hoho
1. 1. Biro Tarbiyah
- - Kena sentiasa igtkan AJK-AJK psl niat, etcetc
- Penting utk intention-check so that committee semua tk terlalu focus pada perancangan, tp kena sentiasa igt objective jugaaa.
- - Setiap kali meeting wajib ada pengisian walaupun 2min!
- - Cari artikel untuk print out / hebah dkt blog
- quiz
2. 2. Biro Tempat dan Lokasi
- - Kena sediakan tempat utk pameran etc
- - Tempat utk malam kemuncak
3. 3. Biro Multimedia dan Publisiti
- - Kena promote dkt the whole faculty: Year 1 & Year 2 termasuk yg dkt selayang. And the whole UiTM if possible ;D
- - Flyers, blog etcetc
- Buat cd(goodie) utk peserta.
5. 4. Biro Sponsor dan Derma
- Dapatkan sponsorship tk kira dlm bentuk apa: cash, makanan, bahan-bahan atau peralatan, cd, risalah etcetc
- Derma ni kena start awal, mintak la dkt bebudak medic ke, lecturers ke, parents ke; satu, utk jayakan minggu remembrance of al-quds ni, and, utk hantar ke palestine jugaaa
- Kena work w/ bendahari jugaaa
- Must be creative! Supaya berjaya ajak org infak kan harta dorg ke jalan Allah =P
6. 5. Biro Logistik
- Yg ni – kena work with biro pameran – in case dorg perlukan apape
- Eg: Photobooth perlukan apape, nnt dorg akan mintak dkt biro ni.
- Kena org yg ada transport. Heehe.
- Boleh kerja sekali dgn biro tugas-tugas khas.
- teknikal pun biro ni jugak yg handle.
7. 6. Biro Pameran
- Sepanjang satu minggu tu, kena jaga pameran. Mungkin memerlukan anak buah yg ramai, so blh tukar2 shift waktu menjaga booth. Chewah.
- Kena kerja dgn semua birooo.
- Dorg ni jugak yg akan in charge pertandingan melukis poster.
- quiz
- kerja sama-sama dgn biro jualan
8. 7. Biro Jualan
- Cupcakes/Muffin - find sponsors/dptkan discount serendah mungking/buat sendiri. lol.
- Buku-buku palestin – blh dpt from JIM, Aman Palestin etcetc
- T-shirt palestin - luqman kata blh dpt from islamic brotherhood arts
- Shawl/Mafla
9. 8. Biro Photography
- Kena jaga photobooth
- And take pictures! Yeay to camwhoring! =P
109. Biro Sukan/Aktiviti
- Darts
- Paintball target shooting
- Mobile wall-climbing
- tayangan
- kena dptkan sponsor byk2222
11.10. Biro Tugas-tugas Khas
- Buat la apa yg patut
- Eg: headbands, bahan pameran, etcetc
- Ikut ckp ketua program :P
*akan diubah mengikut kesesuaian dan pendapat org ramai
AJK-AJK utk malam kemuncak (yg tk tersenarai dlm list atas ni):
1. 1. Biro Atucara
2. 2. Biro Makanan
4. 3. Biro Sambutan & Pendaftaran
5. 4. Biro Ceramah - cari penceramah aman palestin/hizbut tahrir/apapa je/pergi tny pak arab warganegara palestin dkt UIA pun boleh, hoho.
6. 5. Biro Persembahan/Pertandingan Konsert
Erm, mungkin dlm kita merancang-merancang ni, ada yg tk dpt dijadikan kenyataan. Tp tkpe222, kita simpan and compile idea-idea semuanya, sediakan tapak utk generasi akan datang, iA. Utk sape2 yg bakal jadi ketua-ketua, the key is, “Jgn Kerja Sorang-sorang”. Semua org must be creative. Be dedicated, put yr best effort, dan yg paling penting sincerely doing it for HIM.
Kepada semua, semua, semua budak medic UiTM yg mendaftar di bawah fakulti perubatan medic uitm yg berminat, sila cepat cop jawatan ape yg korg nak isi.
Selamat beramal semua. Semoga sentiasa berada dlm dakapan-Nya. Ngee.
.
Al-Quds Brigades? =D.





or this




