02 March 2010

Jangan Jadikan Maulud Nabi Modal Untuk Bertekak

Sudah menjadi tradisi kita untuk setiap tahun, ialah sambutan Maulud Nabi. Ianya biasa disambut dengan perarakan membawa sepanduk yang bermacam warna-warna dan berkilau lip lap untuk menunjukkan tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Saya ingat sewaktu kecil, saya sering terlibat dalam perarakan ini. Malah, sebelum 12 Rabiulawal lagi kami sudah berarak mengelilingi kawasan Sekolah Agama Umbai itu, sebagai persiadaan untuk perarakan sebenar sewaktu tanggal tarikh 12 Rabiulawal. Saya yang masih kecil-kecil bendul itu, beraraklah dalam panas. Ada rakan-rakan saya yang akan curi-curi keluar dan pergi ke kedai membeli pop ais. Saya dengki amat kerana saya tidak mungkin dapat keluar dari barisan, kerana ustazah meletakkan saya untuk berada paling depan disebabkan saiz badan yang kecil.

Memang ia tidak pernah dilakukan oleh generasi Assalafussoleh yang mulia itu. Apapun, ia tidaklah salah. Ini adalah salah satu cara budaya yang memang sudah lama dan sebati dalam masyrakat. Yang salahnya bila ia dikatakan punyai fadhilat.

Turut menjadi masalah ialah apabila Perarakan Maulud Nabi ini dijadikan ‘tanda paling penting’ atau komponen yang perlu ada sebagai tanda cinta kita pada Baginda Yang Mulia itu. Sejak bila pula perkara ini diwajibkan dan perkara ‘mesti buat’?

Seharusnya tidaklah kita ini menjadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Lihatlah pada sejarah, bagaimana mereka telah meraikan kelahiran Nabi dengan penuh kegembiraan. Mereka jugalah orang sama yang ‘meraikan’ kerasulan Nabi dengan penuh permusuhan!

Bagaimana kita ini? Menyambut Maulud Nabi secara besar-besaran, sementara sunnah dan perintah baginda kita tinggalkan besar-besaran juga? Ini satu sifat hipokrit yang harus kita jauhi jika kita tidak mahu menjadi seperti ‘dua orang Abu’ itu.

Mengambil kembali Al-Quran dan sunnah serta tidak memisah-misahkannya dari hal ehwal kehidupan, itulah yang sebenarnya tanda cinta kita. Ini termasuklah menerapkan segala hukum-hukum Islam dalam segenap penjuru urusan hidup, samada ekonomi, pemerintahan, undang-undang, hatta hendak makan sekalipun.

Apa erti berarak sewaktu maulud nabi, tapi makannya bersulamkan arak? Apa gunanya berada di barisan paling depan sekali waktu perbarisan, kalau rasuahnya penuh berkoyan-koyan? Adapun saya yang hina dina ini tiadalah mahu menuduh mahupun menunding jari pada sesiapa pun, akan tetapi kata peribahasa, ‘Siapa makan sos Campbell, dialah yang terasa pedasnya’.






sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya:
Ertinya: “Tiga perkara ini jika terdapat dalam diri seseorang, maka dia akan dapat merasa kemanisan iman: (Pertama) Untuk seseorang mencinta Allah dan Rasulnya lebih dari semua perkara yang lain, (Kedua) untuk seseorang mencintai orang yang lain disebabkan cintanya kepada Allah, (dan yang Ketiga) untuk seseorang itu benci pulang kepada kekafiran selepas Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan di dalam api neraka.”





Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” surah At-Taubah ayat 24

01 March 2010

Bengkel Feqah Perubatan siri 3

copyright reserve from http://whiteraven68.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Alaik.. ^_^
MPG (Makmal Pelbagai Guna) level 6, Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam.

Alhamdulillah, Bengkel Feqah Perubatan siri 3 telah berjaya dilaksanakan ada 23 Januari 2010 bertempat di Dewan Kuliah B, bangunan sains dan teknologi, UiTM Shah Alam.
Tema kali ini adalah Tegas dalam Aqidah luas dalam Feqah.

Bengkel ini anjuran MESTA (Medical Student Association) dengan kerjasama DENSA (Dental Student Association).

Penerangan dari student medic UIA, "Hukum Syara' gugur apabila tidak mampu. perbezaan mazhab adalah rahmat, tetapi mencari sumber adalah penting."

Kami turut menjemput sahabat-sahabat daripada UIA, pelajar perubatan untuk menjadi fessi bagi sesi praktikal.


Seperti biasa program dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Dato' Prof Dr Khalid Yusoff.
Antara pesanan beliau yang saya sempat ambil,

"We will become robotic if we do something without any reason behind it, and to know the reason, we must learn."
"To be an excellent student, we must do it yourself, we have to prove to our commuity that we can deliver, other than blaming other."

Slot pertama bertajuk "Islamic Medicine: Aplication of Modern Fiqh", disampaikan oleh Dr. Farouk bin Musa daripada Monash University.

Diteruskan dengan Slot kedua, "Keluasan dalam Fiqh" oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz
Kemudian sesi praktikal yang dibahagikan kepada dua sesi.
Sesi pertama dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut bilangan station.

Antara station yang disediakan adalah ;

Case 1 : Norlina, seorang minah rempit telah mengalami kemalangan jalan raya yag mengakibatkan dia mengalami patah tangan kanan di bahagian humerus (fracture of shaft of humerus) dan dirawat dengan hanging cast (POP) dan arm sling. Kebetulan beliau baru habis haid.
Problem 1: Insaf dengan musibah yang menimpanya, beliau meminta jururawat yang bertugas mengajarnya berwudhu dan bersolat.

*Tayamum hanya boleh mengankat hadas kecil sahaja bukan?


Case 2 : Dalam bulan Ramadhan yang lalu, seorang wanita berumur 25 tahun telah dibawa ke A & E sebuah hospital kerana kerap muntah dan sehingga menyebabkan kekurangan air dalam badan yang serius (severe dehydration secondary to hyperemesis gravidarum)
Problem 2 :
Adakah muntah membatalkan puasanya? Jika wanita ini perlu dirawat dengan infusi normal saline, adakah rawatan ini membatalkan puasanya? Penggunaan Dextrose atau Antibiotic semasa sedang puasa?



Case 3 : Pn.Eton, 30 tahun, terjatuh dari tingkat 2 sebuah flat dirumahnya. Dia mengalami kecederaan di bahagian leher (stable fracture) dan dipakaikan "hard collar". Beliau dijaga oleh suaminya yang penyayang di hospital.
Problem 3:
Bagaimana beliau hendak menunaikan solat dan wudu' dalam keadaan berbaring dan tidak mengetahui arah kiblat?


Case 4 : En. Kassim mengalami barah usus (rectal cancer) dan telah menjalani pembedahan (abdominal perineal resection-APresection) dan dipasangkan dengan permanent stoma bag (colostomy) dan Continuous Bladder Drainage (CBD). *Najis sentiasa mendampingi pesakit*
Problem 4 : Bagaimana pesakit hendak mengambil wudhu dan solat?


Case 5 : Embun, 53 tahun, menghidapai penyakit kencing manis dan dimasukkan ke hospital kerana kaki kanannya mengalami jangkitan serta sentiasa mengeluarkan nanah dan darah.
Problem 5 : Bagaimana beliau hendak berwudhu dan bersolat jika nanah dan darah sentiasa mengalir?


Hah, susah? Berpeluh kalau tak tahu asas feqah perubatan. Alhamdulillah segala pengisian sangat bermanfaat dan membantu.


Bonus Problem : Seorang pesakit dijadualkan menjalani pembedahan pada 4pm-7pm, sebagai jururawat yang bertanggungjawab, bagaimana hendak menerangkan status solat Asar beliau?


Ahli jawatan kuasa yang menjaga kebersihan dengan mengumpul bekas polisterin dan menyusunnya sebelum dimasukan kedalam plastik sampah.

Wallahulam..

*Maaf saya edit sedikit sebab kandungan dari blog saya tak sesuai untuk dicopy paste di sini.*

27 February 2010

the seconds before you leave..

note : perlu ada moment yg sesuai to watch this vid.



Bagaimana hati KITA tidak bergetar merindui Baginda?

Bagaimana roh KITA tidak terkesan dgn Baginda?

Bagimana hati KITA lupa perintah agar mencintainya?

Bagaimana hati KITA tidak terikat dalam merindui Baginda?

Bagaimana hati KITA tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda?

Translated:
Did our heart shaky to miss Rasulullah?

Did our heart affected by Rasulullah?

How can our heart forgot his command to love him?

How come our heart are not tied to Rasulullah?

How can our heart feel nothing when we are remembered about Rasulullah?

.

01 February 2010

otak business,

bismillah. a quickpost inshaAllah. nak share a few aayahs from surah as-saff.
Dlm surah as-saff, Allah tegah, org2 yg berkata-kata tp tk melakukannya. yep, ada moments yg kte akan rasa kte bercakap terlalu banyak (baca: ajak org buat itu, ini. tegur org tu salah, ni salah.), tp yg kte buat sikit. statistically speaking, amal yg kte buat inversely proportional dgn apa yg kte ckp.


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
.
As-Saff:3

hati tersentak, terpukul-pukul bila baca ayat ni.

kemudian Allah sambung lagi.

di hujung surah

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

(As-Saff:10-12)


Allah tahu kte akan takut utk berkata dan mengajak yg maaruf / dakwah, bila baca ayat 3 tu. tp Allah sambung dan cerita tentang perniagaan yg blh selamatkan kte dr api neraka yg sgt dahsyat. iaitu menegakkan agama Allah dgn harta benda dan diri sendiri.

thus kalau kte takut nak berdakwah, just because kte takut Allah benci sbb kte tk buat apa yg kte ajak org lain buat, then we choose to be in the comfort zone dan memilih utk tidak berkata-kata langsung, maka yg demikian itu sama lah mcm kte menolak ajakan Allah utk menceburi perniagaan yg Allah maksudkan itu!

dan kalau kte imbas/recall concept perniagaan dlm kemahiran hidup, peniaga yg berjaya ialah peniaga yg bijak mengatasi risiko.

hence option yg sepatutnya kte ambil is, istighfar, du'a, usaha, istiqammah dan paksa diri utk walk the talk, dan terhindar dari tergolong dr golongan dlm surah as-saff ayat 3 tu. inshaAllah.

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi


mari tanamkan 'otak business' wahai para du'at sekalian. inshaAllah, biiznillah.

a side note - never memperkecil-kecilkan org yg ingin berubah!

"jika pernah terfikir bahawa orang yang menuju ke arah kebaikan itu hipokrit, sebenarnya anda salah. kerana manusia is not intrinsically bad. fitrah manusia itu suci dan inclined towards kebaikan. maka sesiapa yang menuju ke arah kejahatan, dialah yang menjauhkan diri dari fitrah, dari what he/she intrinsically is. now who is the hypocrite again?" [NI, 2010]


.

28 January 2010

boleh diam tk?

Diam orang mukmin itu ibadah,

Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,

Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,

Yang hatinya didalam kelalaian,

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,

Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,

Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,

Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,

Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,

Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,

Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,

Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,

Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,

Baik atau jahat,

Dia biarkan saja orang itu bercakap,

Dan mendengar sahaja,

Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,

Ataupun kecuaian dan kelalaian,

Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,

Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,

Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

"Diam-diam tong kosong"

Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran" .


ASZ
(Source: Pejuang Timur)

Abou Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest."� [Sahih Al-Bukhari and Sahih Al Muslim]

The Prophet (peace be upon him) said: "Indeed a servant will speak a word pleasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it Allah raises him by many degrees. And indeed a servant will speak a word displeasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it, He will consign him to the Hellfire."� [Sahih al-Bukhari]


http://www.islamic-life.com/forums/tafsir-sciences-hadith/commentary-hadith-speak-good-word-remain-silent-93


.

Kenapa Mahu Jadi Doktor?

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

teruskan membaca di medik.iluvislam.com

18 January 2010

U.K.H.W.A.H

From Akhi Imran....
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar badan dan iman kita hari ini? Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.. ^_^


u - utamakan orang lain

k - kebajikan

h - hasad dengki jangan diamalkan

w - wawasan

a - amal jama'i. jangan buat kerja sorang-sorang

h - hablum minallah hablum minannas (jangan hubungan dengan Allah dan sesama manusia)



JZKK
(JazaKallahu Khairan Kathira - Thanks a lot)

May Allah Rewards us Jannatul Firdaus.. Ameen..

Together WE make history for OUR ummah!

Mohd Nurul Imran Bin Koyube
President of iLuvislam.com

04 January 2010

BENGKEL FEQAH PERUBATAN ke-3

Assalamualaikum..

Program: Bengkel Feqah Perubatan ke-3

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang.

Tempat : Dewan Kuliah B, Bangunan Sains dan Teknologi, UiTM Shah Alam.

Kehadiran : Pelajar Fakulti Perubatan di Shah Alam dan Selayang.
Pelajar Fakulti Pergigian UiTM
Pelajar Fakulti Farmasi UiTM
Pelajar Asasi Sains UiTM

Pengisian : Islam itu mudah
Konsep Asas Feqah
Sesi Praktikal



Anjuran : Medical Student Association (MESTA) UiTM

Dengan Kerja Sama : Dental Sudent Association (DENSA) UiTM
serta
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM.




14 November 2009

all the best, everyone.

Bismillah.

1. sy nak minta maaf sebelum ES, pls pls halalkan everything, and maafkan if in any case i ever wronged any of you. dan pls pls, sy org biasa, kadang2 ckp, tp diri sendiri tk buat, jd tolong doakann so that i will walk the talk. and kalau korg ada buat salah, but i dint tegur/nasihat, pls dkt akhirat nnt jgn buoy my scale up (baca: jgn tuntut + kurangkan timbangan amal saya yg tk seberapa). tsk.

2. di kesempatan ni, nak wish, all the best, everyone, fer the ES. jom usaha betul2 these 3 weeks, utk kesudahan yg baik. organize masa. kalau rasa byk sgt nak study, study je to the max tee-hee. (i know these are easier sed than done huhu). Nnt kalau tk sempat habis study jgn risau. sbb. tk semestinya kalau dah habis study --> dpt jawab. and. tk semestinya kalau tk habis study --> tk dpt jawab. nnt masa nak jawab, yakin dkt Allah, bkn yakin dkt usaha kte study tu tk kira la byk mana kte dah study. kalau dpt distinction pun, dr Dia, kalau dpt close to distinction pun, dr Dia, malah kalau dpt waaay far from distinction pun, juga Dia. sbb tu Dia pandang usaha, bukan hasil. ouh perna dgr gak, org yg beriman tu tinggi dr yg lain. tk kira la amalan, akademik etc. hence excellence (in terms of usaha) should be the aim.

okay byk plk bebel. just my two cents.

3. di samping itu, nak share a topic. tajuk ni khairul baru share dkt surau baru-baru ni. she referred to a book by Nik Aziz, Saksi di Akhirat (kot) tajuknya. agak terpukul dgn apa yg disampaikan.

4. diambil dan tampal dari sini.

TOPIC 7 : BUMI DAN HARI MENJADI SAKSI

IMAM at-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasullulah SAW telah membaca firman Allah SWT:

“ Pada hari ini (Hari Kiamat) bumi menceritakan beritanya.”

(Az-Zalzalah :4)


Selepas membacakan ayat tersebut ,lalu Nabi SAW bertanya kepada para sahabat: “Tahukah kamu apakah perkhabaran yang diceritakan oleh bumi itu?” Jawab para sahabat: “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya.” Berkata Rasulullah SAW : “Yang dimaksudkan bumi menceritakan beritanya,iaitu bumi akan bersaksi terhadap apa-apa yang telah dilakukan oleh manusia di muka bumi.Kata bumi, “bahawa si polan itu telah melakukan sesuatu dibelakangku.”(Hadis ini adalah hadis hasan lagi sahih.)


Ketika manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak,Allah SWT telah menyediakan saksi-saksi yang bakal menceritakan segala amal manusia.Bumi akan menjadi saksi dan menceritakan apa-apa jua yang telah dilakukan oleh manusia di dunia dahulu.


Meskipun Allah Taala telah menghantar malaikat untuk mencatat segala amal baik dan amal buruk secara terperinci,rekod peribadi manusia yang disediakan oleh malaikat itu sudah cukup lengkap bagi membuktikan seseorang itu mempunyai amal soleh atau sebaliknya.Walau bagaimanapun Allah SWT tetap mendatangkan saksi-saksi bagi melengkapkan sesuatu pertuduhan terhadap hamba-Nya di mahkamah Akhirat itu.


Dalam beberapa siri terdahulu sudah dijelaskan bahawa saksi-saksi bagi manusia di Akhirat berdasarkan nas al-Quran dan juga hadis terdiri daripada anggota tubuh manusia sendiri,yang bercakap benar di mahkamah Allah SWT.Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi itu,maka bertambah satu lagi saksi untuk manusia ,iaitu bumi.


Bumi adalah tempat manusia bergelanggang dan umpama pentas untuk melakonkan pelbagai watak baik atau jahat.Bumi hanyalah makhluk beku yang tidak pernah membantah apa-apa jua yang dilakukan oleh manusia terhadapnya.Akan tetapi di Akhirat kelak,bumi diberikan keupayaan untuk bertutur dan menjadi saksi bagi manusia dan segala gelagat mereka.Semestinya mudah bagi bumi untuk melaporkan apa-apa yang telah disaksikannya itu kepada Allah SWT di Akhirat kelak.


Abu Na’im meriwayatkan sebuah hadis melalui Ma’qal bin Yasar,katanya,bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu hari yang mendatangi keturunan Adam,kecuali hari itu memanggil: “Wahai keturunan Adam ,sesungguhnya aku adalah hari yang baru.Aku dikirim oleh Allah SWT untuk melihat apa yang kamu kerjakan dan akan menjadi saksi kamu di Akhirat.”


Hadis riwayat Abu Na’im ini menambah satu lagi saksi bagi manusia di Akhirat .Kali ini “hari” yang didatangkan oleh Allah SWT sebagai saksi kepada manusia.Sebagaimana hari-hari yang silih berganti,maka pergantiannya itu menunjukkan bahawa “hari” sentiasa baru.Hari yang sedang berjalan sekarang walaupun lanjutan daripada hari-hari yang lepas bukanlah semalam yang sudah berlalu itu.


Terbitnya fajar pada waktu subuh bererti satu hari baru mendatangi manusia.Sebanyak jumlah hari yang telah dilalui sepanjang umur manusia,maka sebanyak itulah jumlah saksi yang dinamakan “hari” akan menjadi saksi bagi mereka.

Apapun yang akan dijelaskan oleh hari-hari yang menjadi saksi,merupakan tambahan kepada saksi-saksi yang lain,yang terdiri daripada anggota tubuh manusia dan juga bumi.Dengan jumlah saksi di Akhirat yang begitu banyak,maka tiada manusia yang tidak akan berpuas hati dengan keputusan mahkamah Akhirat.


Ahli Neraka berpuas hati dengan peranan saksi-saksi itu kerana mereka tidak teraniaya lantaran semua saksi telah berkata benar.Mereka bersaksi atas perintah Allah SWT dan dengan itu manusia tidak sedikitpun akan berasa teraniaya walaupun mereka terpaksa menerima natijah daripada saksi-saksi yang benar itu untuk menjadi ahli Neraka.


Ahli Syurga sudah tentu lebih berpuas hati dengan peranan saksi-saksi tersebut kerana dengan kejujuran para saksi itu,mereka dapat keadilan yang secukupnya dari Allah S.W.T.


Dalam hadis Abu Na’im itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa ‘hari’ telah memberikan beberapa nasihat kepada manusia dengan katanya: “Hendaklah kamu wahai manusia pada setiap hari (atau malam) sentiasa melakukan kebajikan atau kebaikan supaya aku dapat menjadi saksi untukmu di Akhirat kelak. Buat baiklah ketika aku (hari) bersamamu kerana apabila aku beredar meninggalkan kamu, maka kamu tidak akan menemuiku lagi. Adapun hari yang dating berikutnya bukanlah aku lagi, ia adalah hari baru yang lain pula”.


‘Hari’ adalah makhluk Allah SWT yang sentiasa mengingatkan manusia supaya melakukan kebaikan sebagaimana yang dikehendakiNya. Seruannya itu sudah pasti tidak akan didengar oleh telinga manusia, tetapi melalui hadis SAW itu, setiap mukmin yang sentiasa mengambil tahu ajaran Nabi SAW khususnya mengenai Hari Akhirat, akan bertemu juga dengan perkara tersebut.

Dengan pengetahuan itu, bererti orang mukmin mendengar seruan “hari” itu melalui sabda Rasul SAW. Pengajaran yang terkandung dalam sabda yang menceritakan nasihat “hari” yang mengajak manusia supaya melakukan kebaikan adalah bertepatan dengan perintah agama supaya manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan keburukan.


Justeru, seruan itu sewajarnya menambahkan keyakinan orang yang beriman supaya kebaikan itu dilaksanakan pada setiap waktu, sementara “hari” (siang dan malam) akan menjadi saksi di Akhirat di samping saksi-saksi lain yang telah dinyatakan di atas.


Oleh sebab terlalu banyak yang akan menjadi saksi selain Allah SWT dan para malaikatNya yang ditugaskan untuk mencatat amal manusia, maka natijahnya tidak lain bahawa orang mukmin perlu meningkatkan keikhlasan mereka ketika beramal. Kebaikan yang dilakukan tidak perlu diperagakan atau dipamerkan kepada manusia kerana sudah terlalu banyak saksi yang akan membuktikannya di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak.


Ibnu Al-Mubarak meriwayatkan sebuah hadis daripada Abdulullah bin Amru bin al-‘Ash, katanya, Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa yang sujud (solat) di bawah pokok atau di sisi batu, nescaya pokok dan batu itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari Kiamat”.


Begitulah kehidupan insan di muka bumi ini sungguh indah, hampir setiap apa sahaja akan menjadi saksi kepada manusia di Akhirat, saling menawarkan diri untuk menjadi saksi yang jujur di hadapan Allah SWT.


Hadis riwayat Ibnu Al-Mubarak menyebut tentang solat yang didirikan oleh orang mukmin sama ada di bawah rimbunan pohon atau di sisi batu, malah di pantai, di sawah ladang, di tebing sungai, malah di mana-mana saja, maka seluruh makhluk, sama ada yang bernama pokok, batu, lumpur, pasir dan apa-apa juapun, kesemuanya akan tampil menjadi saksi di Akhirat kelak.


Saksi-saksi yang jujur akan menggembirakan orang yang kehidupannya dihiasi kebaikan, tetapi akan menjadi sebaliknya kepada mereka yang kehidupannya dipenuhi kejahatan dan dosa.

.

07 November 2009

An Admirable 16-Year-Old Youth.

salam 'alaikum, kawan-kawan.
lama rasanya blog ni dibiarkan bersawang. heh.
so here i am, would like to share a story of a sahabi.
bukan sekadar utk menghilangkan sawang je, tp lebih dari itu, iA.
so lets ponder upon this mashaAllah, amazing story of a 16-year-old youth.


Thalaba Ibn AbdulRahman was a young man at the age of 16. He always ran errands for the prophet pbuh. One day while walking though the city of Medina, he passed by a house with an open door. Out of curiosity he took a glance inside. In this glance, he saw a light curtain being blown away from a bathroom entrance were a woman was bathing. He lowered his gaze.

With an extreme feeling of guilt and hypocrisy his mind ran. Thinking to himself, ?How could I be of the companions, one that is close to the prophet pbuh, one who runs his errands and be so horrible as to disrespect peoples privacy??..

He feared that Allah would reveal to the prophet pbuh evidence of his hypocrisy. His guilt denied him to ever show his face to the prophet pbuh. So he ran away. Days went by and the prophet kept asking the other companions if they had seen Thalaba. No one had seen him. With the prophet's worry about Thalaba he sent a few of the companions to look for him everywhere, among them were Omar Ibn Al Khattab and Salman Al Farisiy.

They looked everywhere in Medina, and on the out skirts of Madina, until they came about a set of mountains between Mecca and Medina where some nomads where herding sheep. The companions asked the nomads if they had seen a young man with Thalaba's characteristics. They told the companions about a weeping boy. He had been here for 40 days. He came down from the mountains once a day weeping and drank the milk they would offer him. Then he went back up the mountains weeping, crying, always asking for Allah for forgiveness, and saying words of repentance.

So the companions waited until he came down and watched him. He had lost weight. His countenance reflected sorrow as he drank the milk that was mixed with his tears.


The companions insisted that they take him back to the prophet pbuh but he refused and asked them if Allah had revealed verses saying he was a hypocrite. They told him that they had no knowledge of any such verses. He was taken back to Medina where the prophet pbuh went to see him. He asked again if Allah had put him among the hypocrites or revealed that he was.

The prophet pbuh assured him that there were no such verses. He laid out Thalaba's tired, weak body and placed Thalaba's head on his lap. He said, "Oh prophet of Allah remove the head of a sinner away from you." The prophet pbuh comforted him until he told the prophet pbuh "I feel as though ants are walking between my flesh and bones."

The prophet told him it was death and his time had come.

He witnessed while Thalaba's head was on his lap, Thalaba proclaim "There is no god worthy of worship other than Allah, and that Mohamed pbuh is the messenger of Allah".The prophet pbuh washed Thalaba and carried him to the grave.

It is narrated that on their way to bury Thalaba, the prophet pbuh walked on his tippy toes as though he were in a crowd.

When Omar asked about this, the prophet pbuh explained .....that he was being crowded with the angels.

So many angels had come...
PS; taken from Facebook | *-Ramadan Reminders-*
.

13 October 2009

Try Not To Cry

You, you're not aware
That we're aware
Of your despair
Don't show your tears
To your oppressor
Don't show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You're not alone
I'll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I'll throw with you

Isam:
'Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land's been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
To the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
Imagine what would they say

For me in this path that I walk on
There's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you're not aware
That we're aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don't cry, don't lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
'Cause for way too long they've been dry
Plus they see what they shouldn't from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
'Cause it should really keep it's peace
I throw stones at my feet
'Cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
'Cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
And kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I'll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
So I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just 'cause it's only affecting my kind!
If these walls could speak,
Imagine what would they say
For me in this path that I walk on
There's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS