Pemantapan iman membesarkan peranan
Ahmad, ceritakan pada Adik tentang Perang Badar.
Ahmad banyak kerja lah,Adik. Sekilas dia melihat Adik yang sedang membetulkan sila disebelahnya. Tapi.. mana Adik dengar tentang Perang Badar?
Adik tidak dengar, tapi Adik terbaca tajuk buku yang ada dalam rak buku Ahmad.
Oh. Ahmad terdiam sejenak.
Ahmad betul-betul tak boleh cerita pada Adik?
Apa yang Adik mahu tahu?
Apa-apa pun boleh.
Adik tahu berapa ramai tentera Islam dalam perang Badar?
300.
Wow, bagusnya Adik.
Adik senyum menampakkan gigi penuh tersusun. 2 batang gigi kacip masih terletak senget.
Tapi kenapa 300 je? Bukan Rasulullah dah berbelas tahun ke menyebarkan Islam? 300 je?
300 yang mantap, Adik. Dengan 300 itulah, Islam sampai pada kita. Merekalah ejen-ejennya.
Adik angguk. Tapi Adik tidak faham. Ahmad sila jelaskan.
Ini mungkin berat untuk Adik.
Tak apa, Adik dengar dan cuba ingat. Nanti bila Adik sudah 20 tahun, adik mesti boleh faham. Bila sudah besar sepatutnya lebih bijak untuk faham.
Ahmad gelak. Ini mungkin berat untuk Adik faham sekarang, tapi..baiklah. Sepanjang 13 tahun Rasulullah berdakwah di Mekah, tidak ramai yang memeluk Islam. Jumlahnya sedikit. Mungkin mereka yang tinggal di kampus perubatan depan apartment kita ini lebih ramai dari mereka yang memeluk Islam waktu itu. Tetapi, jumlah yang sedikit itu, setiap satunya kuat!
Kuat? Mereka selalu ke gym macam Abang?
Tak. Tak. Ahmad tergelak. Mereka kuat kerana mereka ditarbiyahkan dengan tarbiyah paling asas sekali.
Ahmad sila jangan guna bahasa Arab.
Oh, maaf, maaf. Tarbiyah itu maksudnya proses didikan. Pembelajaran. Rasulullah mendidik umatnya untuk mentauhidkan Allah, meninggalkan jahiliyyah. Rasulullah sememangnya mengutamakan keimanan manusia pada keesaan Allah. Pada zaman itu, wahyu yang diturunkan tidak lebih dari isu pokok ini, dan hanya pada masa dimana umat Islam sudah kuat imannya, barulah turun isu-isu yang lainnya. Kerana Allah tahu, itulah strategi yang terbaik untuk menang. Dan itulah yang Rasulullah lakukan.
Adik dengar, Adik masih mendengar.
Dalam proses tarbiyah, maaf, mendidik manusia kearah mentauhidkan Allah, pengikut Rasulullah waktu itu diseksa dengan amat dahsyat. Digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disisir besi sehingga nampaknya tulang tetapi hal-hal ini tidak memalingkan mereka dari Allah. Bayangkan, kalau ini pun mereka tidak gentar, mereka pastinya boleh ambil SPM tanpa tekanan langsung. Baca sajalah buku itu, apa susah!
Adik ketawa mengekeh.
Tapi SPM itu cuma celah gigi sahaja. Sama jugalah peperiksaan yang Ahmad bakal duduki tidak lama lagi. Ahmad mengeluh. Hebat sungguh mereka pada waktu itu Adik. Ahmad dengan tekanan macam ini pun, terasa macam mahu melepaskan geram di Status Facebook sahaja.
Adik ketawa lagi sambil mencapai bantal di hujung katil. Sudah mengantuk gamaknya.
Hikmah kebijaksaan Allah dalam mengatur strategi inilah telah membolehkan umat Islam pada masa itu untuk maju kehadapan biarpun dilanda pelbagai tentangan. Cukup dengan iman di dada, mereka mampu menjadi yang paling kuat, paling bijak, paling licik dalam berurusan. Mereka tidak perlu 3 tahun belajar ilmu keusahawanan, tetapi mereka boleh menjana wang dengan menggunakan semut di bawah batu sahaja.
Tipu.
Betullah Adik. Apa tipu pula. Ini kisah Abdul Rahman bin Auf. Beliau antara yang terawal di Islamkan. Kalau sebelum Islam beliau sudah bijak berniaga, selepas menganut Islam, berganda-ganda hasilnya. Ingat adik, Rasulullah pada waktu itu amat mementingkan kekuatan iman mereka. Paling asas, tetapi itulah yang kita remehkan sekarang ini. Kita terlalu leka dengan benda-benda dunia. Bila sebut pasal agama, mula lah dilabel kuno. Kasihannya kita ni. Kita kurang diberi pendedahan tentang insan-insan yang dikagumi ramai (worldwide gitu). Asas mereka ialah tauhid. Keyakinan mereka pada Allah. Dan dengan keyakinan inilah, kegemilan yang lainnya ikut sekali.
Oh, adik faham. Silapnya kita ialah bila kita memperlekehkan strategi Rasulullah itu. Adik menguap sekejap. Teruknya kita. Kenapa kita memperlekehkan benda penting itu Ahmad?
Entahlah. Kita memperlekehkan strategi yang bijak, sekaligus kita memperlekehkan diri sendiri dengan bodohnya sekali.
Jadi, apa yang kita boleh buat sekarang?
Kita mula dengan diri sendiri dahulu! Kalau sistem sekarang tidak mengutamakan asas yang penting ini, kita carilah sistem yang betul. Ada Adik, ada! Jangan buta padahal sudah diberi mata dan hati untuk mencari. Kita harus keluar dari kelompok masyarakat yang menakutkan ini.
Adik mengecilkan mata serupa orang rabun.
Bila kita sudah ada sedikit asas yang betul itu, kita bawa mereka yang kita kenal pula. Sikit-sikit. Kita gerak bersama. Islam pasti naik kembali nanti. Pasti! Kalau pun kita tak dapat menyumbang secara besar-besaran, sekurang-kurangnya, kita bukan dari pihak yang menjunamkan lagi Islam itu.
Ohohhh.
Panjangnya ohohh. Sebenarnya Adik nak menguapkan?
Adik tersengih.
Adik faham tak apa Ahmad cakap ni?
Faham, mungkin.
Apa dia?
Didikan eh tarbiyah itu penting. Kita ikut cara Rasulullah. Kuatkan iman kita pada Allah dan kekuasaannya. Hebatnya kita dalam Islam akan menjadikan kita hebat dalam hal lainnya.
Wah, Adik ayat macam budak lepasan SPM. Pandainya. Budak universiti belajar tinggi-tinggi pun tak ambil tahu pasal ini. Kerjanya main, makan dan kadang-kadang sahaja mereka study. Kalau kuat study pun, takut juga niatnya untuk dunia saja. Macam Ahmad lah. Wah, takutnya. Ahmad menggigil tiba-tiba.
Apa Ahmad ini. Adik nak tidur. Dah. Terima kasih sebab ceita pasal Perang Badar.
Eh Adik. Itu bukan cerita perang Badar yang betul lagi. Itu..baru intro.
Intro lah yang penting Ahmad. Tanpa intro yang mantap, takkan lah jalan ceritanya akan mantap juga.
=) The End